Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

4:09 AM

UniMAP Hebat!!!

Posted by mppunimap_asyraf

Menurut laporan “The Webometrics Ranking of World Universities” yang dikeluarkan pada Julai 2009, UniMAP telah menduduki carta ke-14 di antara universiti di seluruh Asia Tenggara manakala carta ke-745 bagi universiti seluruh dunia. Kedudukan UniMAP merupakan yang ke-3 tertinggi di kalangan universiti dari Malaysia, di dahului oleh UTM dan USM.

“The Webometrics Ranking of World Universities” merupakan satu inisiatif oleh Cybermetrics Lab iaitu sekumpulan penyelidikan di bawah Consejo Superior de Investigaciones CientAficas (CSIC), sebuah pertubuhan penyelidik bebas di Sepanyol. Webometrics menilai laman web universiti di seluruh dunia, dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai bagi setiap tahun. Penilaian ini dibuat berdasarkan pelbagai kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria-kriteria tersebut perlu ada pada laman web sesebuah universiti bagi memastikan ranking terbaik diperolehi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pusat ICT UniMAP amnya dan kepada pasukan laman web UniMAP khususnya yang telah bertungkus-lumus mengerah fikiran bagi mendapatkan rekaan laman web UniMAP yang diiktiraf dunia. Semoga dengan pencapaian ini akan memberi inspirasi kepada semua yang terlibat dalam meningkatkan lagi prestasi dan memastikan ranking yang lebih baik di masa akan datang.

Tahniah juga diucapkan kepada semua warga akademik UniMAP yang telah banyak menyumbang pelbagai artikel, jurnal dan buku secara online di mana telah banyak membantu menaikkan ranking webometrics.

Tahniah UniMAP !!!

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.webometrics.info/top100_continent.asp?cont=SE_Asia


4 comments:

Anonymous said...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_03.htm

Malaysia said...

Aku tak nampak pun no.14. No. 58 ada laa..

mengarut la utusan nie!...

Anonymous said...

Tahniah kepada Pasukan Web UniMAP, Puan Azim dan En Afif. Mereka adalah staf UniMAP yg komited terhadap tugas.

Anonymous said...

Berhati-hati dengan Nasrudin Abd Shukor - Pengarah ICT UniMAP, kerja makan rasuah je.

Celestra Network Communication Sdn Bhd - Director Shahrin Matsa, manusia yang mendapatkan rezeki dengan merasuah pegawai kerajaan.

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates