Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

8:08 PM

BACALAH!!!!

Posted by mppunimap_asyraf

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.
Persediaan Sebelum Membaca.
Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.
-Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Waktu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
-Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.
-Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.
-Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.


Pelbagai Cara Membaca.
Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.
-Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.
-Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.
-Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.


Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.
*Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.

- Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.

- Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.

- Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.

- Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.
*Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.
*Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
*Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.
*Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.
'*Highlight' setiap kata kunci.
*Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.
*Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.
*Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.

8:00 PM

Delegasi Pemimpin Pelajar UTEM

Posted by mppunimap_asyraf

28 feb- Seramai 38 orang mahasiswa Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar UTEM, Jawatankuasa Kolej Kediaman UTEM & wakil kelab UTEM telah hadir ke UniMAP bagi mengadakan lawatan rasmi. Kehadiran MPP UTEM juga merupakan lawatan balas daripada mereka kepada MPP UniMAP. Delegasi ini sampai ke UniMAP pada jam 1.00 pagi 27 februari. Mereka telah dibawa melawat kolej-kolej kediaman di sekitar kg wai iaitu KKB, KKC,KKD & KKF. Selain itu mereka juga telah melawat Pusat Kejuruteraan di Kuala Perlis. Mereka amat kagum akan kewujudan clean room di UniMAP. Walaupun masih muda, tetapi UniMAP sudah setanding universiti-universiti lain. Bersempena Kejohanan Olahraga Tertutup UniMAP ke-5, mereka juga telah berkesempatan menonoton beberapa acara seperti 400 saringan lelaki & 800 saringan lelaki. Yg Bhg Dato Kamaruddin juga turut berada di sana ketika kehadiran mereka. Pada sebelah petangnya, delegasi ini telah dibawa untuk meninjau Kampus Alam di Ulu Pauh. Sebelum sesi dialog berlangsung En. Jasni wakil dari Unit Pembangunan Kampus Tetap UniMAP sempat memberikan taklimat ringkas mengenai perjalanan projek. Sesi dialog yang telah dijalankan telah membuka minda pelbagai pihak. Idea-idea yang telah dilahirkan itu akan cuba di aplikasikan. Tepat jam 6.00 petang delegasi ini telah meneruskan perjalan mereka ke Universiti Utara Malaysia.

4:50 AM

WACANA SOSIAL

Posted by mppunimap_asyraf

PENGLIBATAN: PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TAHUN 2
TARIKH:22 FEBRUARI 2009
TEMPAT:DEWAN 2020,KANGAR

MASA:8.00PG – 1.00PTG

1. Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2 WAJIB menghadiri program ini.
2. Pelajar Ijazah Tahun 3 dan 4 yang masih tidak mengikuti program ini diwajibkan untuk hadir bagi melengkapkan Kursus Wajib Universiti (7 Pillars).
3. Semua pelajar dikehendaki memakai baju BATIK dan berjaket UniMAP serta membawa KAD PELAJAR masing-masing untuk tujuan merekod kehadiran.
4. Pergerakan bas akan bermula jam 7.00 pagi di setiap Kolej Kediaman.

Harap maklum, sekian terima kasih.

10:22 PM

CNY Celebration 2009

Posted by mppunimap_asyraf


Sambutan Tahun Baru Cina 2009
"Reminising The Spring Blossom"
Tarikh : 22 Februari 2009
Masa : 8pm-12am
Tempat : Dewan Kapitol, Kangar
Seluruh warga UniMAP dijemput untuk memeriahkan sambutan ini. Bas akan disediakan di setiap kolej kediaman.

4:11 PM

Selamat Maju Jaya

Posted by mppunimap_asyraf


Sempena minggu ujian pertengahan semester ini, Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan selamat maju jaya. Moga-moga seluruh warga UniMAP diberi kesenangan dan ketenangan ketika menjawab ujian masing-masing. Marilah kita bersama-sama meningkat prestasi akademik kita agar nama UniMAP terus menjulang ke mata dunia.

5:31 AM

MPP lawat Awatif

Posted by mppunimap_asyraf

Pada 30 Januari 2009, barisan Majlis Perwakilan Pelajar telah berkunjung ke Hospital Ampang bagi melawat seorang sahabat kita iaitu Awatif Bt. Azizan, pelajar tahun satu jurusan rekabentuk produk yang terlentang di wad kerana menghidap penyakit leukemia. Awatif baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi sebleum ini. Awatif akan sekali lagi menjalani rawatan kemoterapi 2 minggu dari tarikh kunjungan kami ke hoapital ampang dan seterusnya akan menjalani rawatan ‘transplant’. Semasa kunjungan kami ke sana, kami difahamkan bahawa paras darah merah awatif baru mencecah 0.18 dan dia perlu ditahan di wad sehingga paras darah merahnya mencecah 1.0. Walaupun dugaan yang diberi oleh Allah S.W.T kepada Awatif begitu sukar dan perit, namun semangat Awatif harus dipuji kerana dia tampak masih bersemangat dan begitu tabah. Semasa kunjungan kami, Awatif menyambut baik kedatangan kami dengan senyum dan tawa .Ini membuatkan kami begitu kagum dengan semangat yang ada pada awatif.
Oleh itu sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama menadah tangan dan memohon ke hadrat Illahi supaya adik Awatif dapat menikmati semula nikmat kesihatan seperti kita seterusnya dapat kembali ke UniMAP secepat mungkin untuk bersama-sama kita mengejar impian yang dicipta.

1:21 AM

Mesra Pemangkin Prihatin

Posted by mppunimap_asyraf

barisan kabinet MPP 0809

Syukur program 'Roadtour MPP' atau Diskusi bersama Mahasiswa UniMAP telah berjalan dengan lancarnya. Kehadiran mahasiswa & mahasiswi yang mengambil berat akan agenda mahasiswa di dua lokasi iaitu Dewan Serbaguna Kg.Wai & Dewan Terbuka Wang Ulu telah meletakkan program ini sebagai berjaya. Pelbagai persoalan dan cadangan juga turut dilontarkan terus kepada barisan kabinet MPP 0809. Kebanyakkan mahasiswa & mahasiswi yang ditemui mereka amat berpuas hati dengan adanya program ini.

ramai yang hadir bagi menyuarakan permasalahan

Program dimulakan dengan tayang video rasmi Majlis Perwakilan Pelajar 0809 dan diteruskan dengan ucapan Yang DiPertua MPP, saudara Abdul Malek. Beliau berhasrat mahasiswa UniMAP kali ini akan bersama-sama MPP dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Ketika sesi dialog juga, Naib Yang DiPertua II saudara Muhammad Syafiq juga telah menyatakan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar kali ini akan mengurangkan penganjuran program sebaliknya menumpukan aspek kebajikan mahasiswa itu sendiri. Beliau juga berkata, program-program akan dilaksanakan oleh kelab-kelab dan persatuan-persatuan pelajar di UniMAP.
saudari siti salwa (mantan YDP MPP) memberikan pendapat

Kritikan yang diberikan oleh mahasiswa itu telah menjadi sebagai satu titik tolak dalam menjadikan MPP 0809 sebagai satu organisasi yang aktif memperjuangkan hak mahasiswa.
Selepas majlis tamat, mahasiswa dan mahasiswi telah menerima naskah sulung 'Diari MPP' atau buletin rasmi MPP sesi kali ini. Buletin ini telah ditaja oleh SAYAr Enterprise yang bertempat di Student Mall, Wang Ulu.

Akhir kata dari meja editor, Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyertaan semua mahasiwa UniMAP.

7:07 PM

MPP ke UTHM & UTEM

Posted by mppunimap_asyraf

Ketika cuti tahun baru cina ini, Majlis Perwakilan Pelajar, Presiden dan wakil Kelab Pusat Pengajian Kejuruteraan telah mengikuti satu lawatan rasmi ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) & Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Objektif utama lawatan ini adalah untuk menjalinkan hubungan diplomatik yang lebih akrab dan baik diantara universiti-universiti teknikal khususnya. Kami memulakan perjalanan pada hari jumaat malam (23hb Jan). Setibanya kami di UTHM, pihak disana telah menyambut kami dengan meriah sekali. Selepas sesi perkenalan kami dibawa melawati sekitar kampus UTHM. UTHM telah mendapat kampus tetap mereka. Walaubagaimanapun, masih banyak terdapat pembinaan yang dijalankan kerana bangunan-bangunan fakulti dan kolej kediaman yang telah dibangunkan. Kemudahan di makmal UTHM juga tidak jauh berbeza dengan UniMAP. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Di malam hari, kami telah mengadakan satu sesi dialog diantara delegasi UniMAP bersama MPP UTHM dan presiden-presiden kelab UTHM. Pelbagai permasalahan dan isu telah dibangkitkan.banyak kata sepakat telah dicapai melalui sesi ini. Antaranya pelbagai idea dan cara telah diberi dalam permasalahan perpaduan. Segala cadangan dan kaedah yang baik akan kita laksakan di UniMAP dalam mencapai gelaran JUARA PERPADUAN seperti mana yang disarankan oleh Dato’ NC sendiri.





Lawatan diteruskan ke UTEM pada hari yang kedua. Pihak MPP UTEM juga telah memberikan sambutan yang cukup hebat kepada delegasi UniMAP yang hadir. Program yang telah dirancang bermula pada keesokkan harinya dimana delegasi telah menjalankan campus tour di UTEM. UTEM juga mengamalkan sistem kampus teragih tetapi ia hanya meliputi kawasan-kawasan di sekitar Ayer Keroh. Namun, menjelang pembukaan semester hadapan UTEM akan berpindah ke kampus tetap mereka di Durian Tunggal. Di UTEM banyak persamaan diantara MPP UTEM & MPP UniMAP yang dapat dilihat disana. Ketika sesi dialog yang diadakan sebelum delegasi UniMAP pulang, MPP UTEM dan MPP UniMAP telah banyak membincangkan tentang masalah kebajikan pelajar. Pihak MPP UTEM amat berminat mendengar sistem pengendalian bas di UniMAP dimana kebanyakkan mahasiswa UniMAP mendapat kemudahan bas ini dengan baik.






artikel disediakan oleh blogmaster

8:37 PM

Road Tour MPP

Posted by mppunimap_asyraf

Majlis Perwakilan Pelajar akan mengadakan 'road tour' ke kolej kediaman anda. Perjumpaan secara terus menerus dan telus akan diadakan pada:

tarikh: 4 feb 2009 (rabu)
tempat: dewan kg wai
masa : 9 malam

tarikh: 5 feb 2009 (khamis)
tempat: khemah terbuka wang ulu
masa : 9 malam

Perjumpaan ini adalah untuk memperkenalkan barisan kabinet MPP UniMAP yang baru kepada seluruh mahasiswa UniMAP. Selain itu, kami juga akan mendengar masalah-masalah dan rungutan anda semua. Kehadiran anda adalah amat penting dalam merealisasikan misi dan visi MPP sesi 2008/2009.

5:26 AM

Seketeriat Kejohanan Olahraga

Posted by mppunimap_asyraf

BERMINAT UNTUK MENJADI SEKRETRIAT ??
PADA KEJOHANAN OLAHRAGA UNIMAP KALI KE-4…
100 ORG YANG TERAWAL SAHAJA!!
SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!
SILA HUBUNGI EXCO SUKAN & REKREASI MAJLIS PEMIMPIN PELAJAR:-
-RURYNEE ROSLAN – 012-6473483
-NAJIB SAEDI IBRAHIM – 019-5518548

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates