Pada 30 Januari 2009, barisan Majlis Perwakilan Pelajar telah berkunjung ke Hospital Ampang bagi melawat seorang sahabat kita iaitu Awatif Bt. Azizan, pelajar tahun satu jurusan rekabentuk produk yang terlentang di wad kerana menghidap penyakit leukemia. Awatif baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi sebleum ini. Awatif akan sekali lagi menjalani rawatan kemoterapi 2 minggu dari tarikh kunjungan kami ke hoapital ampang dan seterusnya akan menjalani rawatan ‘transplant’. Semasa kunjungan kami ke sana, kami difahamkan bahawa paras darah merah awatif baru mencecah 0.18 dan dia perlu ditahan di wad sehingga paras darah merahnya mencecah 1.0. Walaupun dugaan yang diberi oleh Allah S.W.T kepada Awatif begitu sukar dan perit, namun semangat Awatif harus dipuji kerana dia tampak masih bersemangat dan begitu tabah. Semasa kunjungan kami, Awatif menyambut baik kedatangan kami dengan senyum dan tawa .Ini membuatkan kami begitu kagum dengan semangat yang ada pada awatif.
Oleh itu sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama menadah tangan dan memohon ke hadrat Illahi supaya adik Awatif dapat menikmati semula nikmat kesihatan seperti kita seterusnya dapat kembali ke UniMAP secepat mungkin untuk bersama-sama kita mengejar impian yang dicipta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment