Ketika cuti tahun baru cina ini, Majlis Perwakilan Pelajar, Presiden dan wakil Kelab Pusat Pengajian Kejuruteraan telah mengikuti satu lawatan rasmi ke Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) & Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Objektif utama lawatan ini adalah untuk menjalinkan hubungan diplomatik yang lebih akrab dan baik diantara universiti-universiti teknikal khususnya. Kami memulakan perjalanan pada hari jumaat malam (23hb Jan). Setibanya kami di UTHM, pihak disana telah menyambut kami dengan meriah sekali. Selepas sesi perkenalan kami dibawa melawati sekitar kampus UTHM. UTHM telah mendapat kampus tetap mereka. Walaubagaimanapun, masih banyak terdapat pembinaan yang dijalankan kerana bangunan-bangunan fakulti dan kolej kediaman yang telah dibangunkan. Kemudahan di makmal UTHM juga tidak jauh berbeza dengan UniMAP. Masing-masing mempunyai kelebihan masing-masing. Di malam hari, kami telah mengadakan satu sesi dialog diantara delegasi UniMAP bersama MPP UTHM dan presiden-presiden kelab UTHM. Pelbagai permasalahan dan isu telah dibangkitkan.banyak kata sepakat telah dicapai melalui sesi ini. Antaranya pelbagai idea dan cara telah diberi dalam permasalahan perpaduan. Segala cadangan dan kaedah yang baik akan kita laksakan di UniMAP dalam mencapai gelaran JUARA PERPADUAN seperti mana yang disarankan oleh Dato’ NC sendiri.
artikel disediakan oleh blogmaster
0 comments:
Post a Comment