Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

1:21 AM

Mesra Pemangkin Prihatin

Posted by mppunimap_asyraf

barisan kabinet MPP 0809

Syukur program 'Roadtour MPP' atau Diskusi bersama Mahasiswa UniMAP telah berjalan dengan lancarnya. Kehadiran mahasiswa & mahasiswi yang mengambil berat akan agenda mahasiswa di dua lokasi iaitu Dewan Serbaguna Kg.Wai & Dewan Terbuka Wang Ulu telah meletakkan program ini sebagai berjaya. Pelbagai persoalan dan cadangan juga turut dilontarkan terus kepada barisan kabinet MPP 0809. Kebanyakkan mahasiswa & mahasiswi yang ditemui mereka amat berpuas hati dengan adanya program ini.

ramai yang hadir bagi menyuarakan permasalahan

Program dimulakan dengan tayang video rasmi Majlis Perwakilan Pelajar 0809 dan diteruskan dengan ucapan Yang DiPertua MPP, saudara Abdul Malek. Beliau berhasrat mahasiswa UniMAP kali ini akan bersama-sama MPP dalam memperjuangkan hak mahasiswa. Ketika sesi dialog juga, Naib Yang DiPertua II saudara Muhammad Syafiq juga telah menyatakan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar kali ini akan mengurangkan penganjuran program sebaliknya menumpukan aspek kebajikan mahasiswa itu sendiri. Beliau juga berkata, program-program akan dilaksanakan oleh kelab-kelab dan persatuan-persatuan pelajar di UniMAP.
saudari siti salwa (mantan YDP MPP) memberikan pendapat

Kritikan yang diberikan oleh mahasiswa itu telah menjadi sebagai satu titik tolak dalam menjadikan MPP 0809 sebagai satu organisasi yang aktif memperjuangkan hak mahasiswa.
Selepas majlis tamat, mahasiswa dan mahasiswi telah menerima naskah sulung 'Diari MPP' atau buletin rasmi MPP sesi kali ini. Buletin ini telah ditaja oleh SAYAr Enterprise yang bertempat di Student Mall, Wang Ulu.

Akhir kata dari meja editor, Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan ribuan terima kasih di atas penyertaan semua mahasiwa UniMAP.

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah MPP!
satu permulaan yang baik, tetapi jangan lupa, anda perlu bekerja keras untuk menarik sokongan mahasiswa UniMAP kerana anda bukan diangkat dan dipilih oleh mereka.Jadi beringat selalu, gerak geri anda sentiasa diperhatikan oleh kami.
Maka buktikan yang anda boleh bekerja untuk menjaga kebajikan kami.
Tahniah!
http://unimapkini.blogspot.com

-sandmaster- said...

cam kenal je mamat tu..
izzat..hehe..
semoga maju jaya MPP 08/09.
tabah dgn dugaan..
just do ur jobs n u're doing just fine...

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates