Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

4:59 AM

Kompleks Sukan Bertaraf Dunia

Posted by mppunimap_asyraf



KANGAR, 17 Ogos (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mempunyai kompleks sukan bertaraf dunia di kampus induknya di Ulu Pauh apabila kompleks bernilai RM100 juta siap untuk digunakan pada 2011 ini.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata gelanggang futsal merupakan komponen utama kompleks itu selaras dengan pemilihan UniMAP sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Futsal kebangsaan peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita dalam persidangan akhbar selepas merasmikan program pendidikan kejurulatihan berterusan zon utara anjuran bersama Majlis Sukan Negara dan UniMAP di sini Isnin beliau berkata, sebagai permulaan empat gelanggang futsal akan disediakan, dan jumlah itu akan terus ditingkatkan kemudiannya.

Sementara itu Kamaruddin berkata UniMAP juga bercita-cita untuk mewujudkan program ijazah dan diploma bagi kejuruteraan sukan tidak lama lagi sejajar dengan kepercayaan kerajaan terhadap keupayaan UniMAP dalam mengendalikan kegiatan sukan.


"Saya tidak dapat menyatakan bila program itu boleh dimulakan namun ia sudah ada dalam perancangan," katanya dan menambah kejuruteraan sukan amat penting dalam proses membangunkan industri sukan negara selain menjadi pemangkin ke arah melahirkan para atlet dan jurulatih yang berkualiti.

Sementara itu 128 jurulatih sukan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan juga petugas UniMAP sendiri mengambil bahagian dalam program dua hari itu di sebuah hotel di sini bermula Isnin.

artikel dipetik daripada www.unimap.edu.my

0 comments:

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates