Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

7:41 PM

Untuk Mu Palestin

Posted by mppunimap_asyraf




17 jan- kangar seramai lebih kurang 3000 mahasiswa dan staf UniMAP berjalan sejauh 13 km bagi sempena program 7 pillars. Program bermula di MRSM Beseri dan berakhir di kampus tetap UniMAP, Kampus Alam di Pauh. Seawal 6.30 pagi mahasiswa UniMAP sudah menaiki bas menuju ke Beseri.Pagi itu aktiviti dimulakan dengan senamrobik agar semua peserta lebih bersedia. Jam 8 pagi Yang Berbahagia Dato NC telah melepaskan peserta. Ia dimulakan dengan staf-staf dihadapan dan diikuti peljar antarabangsa dari XingJiang dan diikuti mahasiswa UniMAP dari semua Pusat Pengajian Kejuruteraan.Terdapat 4 'checkpoint' dalam program ini. Perjalanan telah didahului oleh Dato NC sendiri dan YDP Majlis Perwakilan Pelajar sendiri.





Kira-kira jam 12 tengahari semua peserta telah sampai ke Kampus Alam (Pauh). semua mahasiswa turut membawa sepanduk-sepanduk yang membantah kekejaman rejim zionis ke atas rakyat palestin. semua mahasiswa cukup bersemangat berjalan sabil melaungkan 'Aman Palestin'.


Ketika majlis penutup program Jalan Kaki Lasak ini, Dato NC telah melancarkan Tabung Kemanusian Untuk Mu Palestin. Saudara Malek juga telah menyerahkan petisyen bantahan terhadap keganasan Palestin. Dimana petisyen in mengandungi tandatangan dari seluruh warga UniMAP. Ini jelas menunjukkan ke prihatinan dari seluruh warga UniMAP khususnya mahasiswa.

4 comments:

Unknown said...

Saya nak tanya, atau cadangan barangkali: pemilihan mpp pun menang tanpa bertanding kan, jadi x ada PRK. Memandangkan masih ramai yang tidak berapa mengenali 'ahli2 mpp unimap baru' ni, menurut survey rakan2, kenapa x buat program contohnye program bersama mpp ke? Sesi perkenalan dgn mpp ke? Contoh masa MSK 07/08, tp itu utk pelajar baru. Untuk pelajar sedia ada bagaimana?

Unknown said...

http://www.unimap.edu.my/template02.asp?tt=9&contentid=176

thanx atas cadangan..
akan ade road tour mpp di kolej kediaman utk mmperkenalkn mpp...

Unknown said...

betul2...kampus UNIMAP ni terasing2 kan..so,seriusly betul2 kami x tau sapa MPP Unimap..so bagus gk wat tour MPP..

http://free8online.blogspot.com/
http://iluvhealthy.blogspot.com/

naeshrule88 said...

salam..
untuk pengetahuan semua insyaAllah road tour akan diadakan pada 4hb n 5hb ni..di kg y n wang ulu..

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates