Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

2:44 AM

Syarahan Kepimpinan Perdana

Posted by mppunimap_asyraf




30 Jan - Syarahan Kepimpinan Perdana anjuran Akept (Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi) yang bertempat di Hotel Marriot telah dihadiri oleh Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP. Selain itu pegawai-pegawai tertinggi dan staf-staf universiti juga dijemput serta. Kehadiran barisan MPP dari serata Malaysia juga turut memeriahkan majlis tersebut. Syarahan ini telah disampaikan oleh Yg Berbahagia Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
Syarahan beliau yang bertajuk 'Pembangunan modal Insan Untuk Masa Hadapan: Pemangkin Pembangunan Ekonomi'.Modal insan ialah menggunakan segala-galanya pada insan itu bagi mencapai sesuatu. Beliau juga menegaskan bahawa universiti ialah satu institut bagi membangunkan masyarakat yang berilmu seterusnya meningkatkan lagi nilai modal insan tersebut. Dalam mengejar pembangunan ekonomi, kunci utamanya ialah inovasi dan modal insan.
Ciri-ciri modal insan ialah berpendidikan tinggi, berkemahiran tinggi dan berkualiti dalam aspek kepimpinan. Dalam fenomena ketidak tentuan ekonomi masa kini, pembangunan modal insan adalah amat penting dalam meneruskan legasi kecemerlangan negara. Bidang penyelidikan adalah salah satu cabang dalam meningkat nilai tambah kepada modal insan tersebut.
Dalam syarahan beliau, beliau juga telah menunjukkan analisa dimana graduan dari bidang perubatan, kejuruteraan, arkitek dan akauntan adalah graduan yang paling tinggi permintaannya di pasaran dan sebaliknya bagi graduan dalam bidang kemanusian dan sastera. Pengangguran banyak terjadi kepada dua golongan graduan ini. Walau bagaimanapun tidak sepatutnyalah kita meminggirkan graduan-graduan ini tetapi kita lengkapi mereka ini dengan kemahiran yang lebih agar terdapat nilai tambah dalam diri graduan yang dikeluarkan. Jawapan bagi semua ini ialah bidang keusahawanan. Keusahawan dapat memacu ekonomi negara dengan pesat dan seterusnya menjadi satu anjakan para digma kepada negara. Oleh itu, graduan-graduan perlulah mengubah cara pemikiran mereka daripada makan gaji kepada mengejar wang sendiri.
Begitulah sedikit sebanyak isi syarahan yang telah disampaikan oleh Y.B Dato Seri. Segala isi kandungan syarahan ini perlualah diberi perhatian yang serius oleh mahasiswa/siswi dan seluruh warga universiti khususnya UniMAP.


artikel ini disediakan oleh blogmaster.

0 comments:

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates