Bismillah hirrahmanirrahim..
Dengan kalimah Alhamdulillah, kami mensyukuri akan nikmat-Mu,
Dengan kalimah Subhanallah, kami mengakui akan kesucian-Mu,
Dengan kalimah Au’zubillah, kami memohon perlindungan daripada-Mu,
Dan dengan kalimah Astaghfirullah, kami memohon keampunana-Mu ya Allah.
Assalamualaikum wbt dan salam perpaduan..
Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar kali ke-3 telah membuka minda para pemimpin mahasiswa dalam menggerak pembangunan pelajar di kampus. Pertukaran idea serta pendapat antara pemimpin mahasiswa dan pemimpin negara menambahkan lagi input-input berguna dalam menghadapi isu-isu dalam dan luar kampus. Sesungguhnya saya berharap mahasiswa berfikir dengan lebih jauh dalam kita menghadapi dunia sebagai seorang mahasiswa. Persoalan yang timbul ‘adakah diri kita sudah cukup lengkap menggambarkan ciri dan personaliti sebagai seorang mahasiswa?’ ‘dapatkah kita mengekalkan ciri diri sebagai seorang mahasiswa?’ tak perlu malu atau gusar dengan gelaran pelajar. Mahasiswa atau pelajar tidak ada bezanya kerana dalam Bahasa Inggeris ‘student’ juga istilahnya. Mahasiswa seharusnya berfikiran lebih terbuka dan intelektual. Bijak membahagi masa atas kepentingan dan kelebihan diri. Antara pemikiran dan tindakan, pemikiran harus di dahulukan, kemudian baru tindakan. Ini semua berlandaskan modal insan sebagai seorang mahasiswa yang menjadi contoh kepada masyarakat. Modal insan ini mesti berlandaskan atas tiga perkara utama iaitu ilmu(pengetahuan), kemahiran dan pengalaman. Jika tidak lengkap ketiga-tiga ciri ini, tidak lengkaplah ciri modal insan yang dikatakan menjadi ikutan kepada masyarakat. Dalam mengupas isu politik, mahasiswa seharusnya menjadi seorang yang ‘political sensitive’, bukannya ‘political active’. Mahasiswa sepatutnya mengambil tahu tentang politik negara kita, bukannya mengikuti parti-parti luar berdemonstrasi. ‘NEUTRAL’ adalah imej yang perlu dibawa oleh satu-satu mahasiswa, bukannya pro kepada mana-mana pihak atau parti luar dan tidak mudah dipengaruhi. Sesungguhnya untuk mahasiswa UNIMAP, dalam menjadi pemimpin yang berwibawa, sesuai dengan kesemuanya yang bakal menjadi seorang jurutera, PRO-LE (Professional Leading Engineers) sesuai digunakan dalam menunjukkan ciri yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Bukan terus lari dari siu-isu semasa, tetapi mahasiswa seeloknya mudah dalam memberi pendapat tentang isu-isu berbangkit. Yang penting, matlamat tidak menghalalkan cara dan cara mempunyai pelbagai bentuknya. Sekian.
Yang Di Pertua
Majlis Perwakilan Pelajar
Universiti Malaysia Perlis
3 comments:
bagus2..=)semoga MPP di UniMAP akan terus berjaya...
tq
abg mantan YDP
baju mane?
hahahahha
jgn asyik bubuh brita dinner, lawatan, konsert,...apa2 lagi lah!
benda2 mcm tu bc dlm portal lg efisyen.
create satu topik yg membina!
Contohnya,"pandangan ttg yuran semester tinggi" or "pandangan ttg sistem bas tidak menentu" or "pandangan ttg event yg boleh menarik perhatian student utk menyertai"
Jgn teruskan badi MPP sebelum ni,...espcially sem YDP Alwie..langsung x ada response or dikategorikan sbg 'mayat hidup'!
Sorry kalau terasa...realiti harus dikatakan jugak walau pahit!
salam...:)
Post a Comment