22 Mei ~ Pada 14-20 Mei 2009 yang lalu seramai 21 orang perwakilan pelajar UniMAP yang diketuai oleh Yang Di Pertua MPP UniMAP sendiri, saudara Abdul Malek telah menghadiri Konvensyen Kebangsaan MPP Malaysia kali ketiga yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Perjalanan dari Perlis ke Johor merupakan satu pengalaman yang cukup menarik walaupun ini bukanlah kali pertama delegasi pemimpin mahasiswa UniMAP ke UTHM.
Konvensyen kali ini dihadiri oleh perwakilan dari 20 IPTA dan 3 IPTS. Peluang bersua dan berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan dari seluruh universiti di Malaysia telah dimanfaatkan sebaik mungkin. Jumlah perwakilan yag hadir pada konvensyen kali ini lebih kurang 500 orang. Bagi MPP UniMAP ini merupakan satu pengalaman yang cukup hebat dan bermakna bagi setiap perwakilan.
Kehadiran Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Majlis Perasmian Konvensyen telah meninggalkan satu impak yang cukup bermakna. Yang Berbahagia Datuk juga telah mengumumkan Pertandingan 'Satu Malaysia' di univeristi-universiti. MPP sendiri akan menghantar blue print mereka dalam usaha mendapatkan dana untuk menjana program tersebut seterusnya memenangi pertandingan ini. MPP UniMAP akan menyahut cabaran ini selaras dengan dasar UniMAP ke arah Juara Perpaduan. Yang Berbahagia Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang turut hadir pada sesi sebelah malam telah memberi peluang kepada seluruh perwakilan mengutarakan pendapat mereka. Majlis yang bermula kira-kira 8.15 malam talah tamat pada 12.30 pagi. Kesudian Yang Berbahagia Dato' untuk berdialog serta mendengar permasalahan pemimpin mahasiswa telah mendapat pujian daripada perwakilan.
Hari kedua diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Majlis Perwakilan Pelajar dari beberapa buah IPTA. Empat topik utama iaitu akademik, pembangunan sahsiah, kepimpinan dan keusahawanan telah dipilih sebagai tajuk utama bagi setiap kertas kerja yang bentangkan. Antara kertas kerja yang mendapat perhatian pemimpin mahasiswa ialah 'PEMERKASAAN MUTU DAN KUALITI PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR, NEGERI SABAH' yang disampaikan oleh YDP MPP UMS dan 'BURNOUT AMONG UITM LEADER' oleh YDP MPP UITM. Idea dan pendapat yang di sampaikan begitu bernas dan berguna kepada seluruh perwakilan.
Program 'Khidmat Masyarakat' yang dilakukan 6 buah kampung yang berbeza di kawasan Parit Raja, Batu Pahat merupakan satu aktiviti yang amat berguna kepada pemimpin mahasiswa Malaysia dalam mendalami kehidupan masyarakat di sana yang rata-ratanya berbangsa jawa. Kehadiran pemimpin-pemimpin mahasiswa ke sekolah-sekolah di kawasan tersebut juga telah menambah kegembiraan para pelajar yang sedang menyambut Majlis Hari Guru. Sesungguhnya aktiviti yang diserrtai pada hari ketiga konvensyen ini akan menjadi satu kenangan terindah dalam diri setiap peserta.
Hari terakhir konvensyen merupakan antara hari-hari yang ditunggu oleh setiap perwakilan. Pembentangan dan perbincangan resolusi yang diadakan berlangsung dengan aman dan jaya walaupun rata-rata peserta merasakan masa yang diberikan tidak mencukupi. Diharapakan pihak penganjur dapat memberikan perhatian terhadap kekangan ini. Idea-idea yang dilontarkan telah di debatkan secara ilmiah dan intelek. Kebijaksanaan pemimpin mahasiswa yang hadir dalam mengutarakan pendapat dapat dilihat dengan jelas.
Pada malam akhir konvensyen, rancangan 'Suara Siswa' terbitan RTM di langsung kan di Dataran Terbuka UTHM. Program yang diacarakan oleh Dr Fazley telah berjaya mengamit suasana. Topik ' Modal Insan & Negara Bangsa' telah berjaya dikupas dengan baik oleh ahli panel yang terdiri daripada Naib Chanselor UTHM, YDP UPM & YDP UniMAS.
MPP UniMAP mengharapkan Kementerian Pengajian Tinggi dapat melaksanakan lebih banyak program seumpama ini dalam meningkatkan intelektual dikalangan pemimpin mahasiswa dan kami merasa konvensyen ini merupakan pentas terbaik untuk pemimpin pilhan mahasiswa ini menyuarakan idea dan pendapat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam..
kalau boleh ceritakan tentang isu2 hangat seperti yg diperkatakan oleh blog mahasiswakini..
cth isu auku ptptn dan lain2..
kami mahasiswa juga ingin tahu perkembangan tersebut..wslm..
jgn asyik bubuh brita dinner, lawatan, konsert,...apa2 lagi lah!
benda2 mcm tu bc dlm portal lg efisyen.
create satu topik yg membina!
Contohnya,"pandangan ttg yuran semester tinggi" or "pandangan ttg sistem bas tidak menentu" or "pandangan ttg event yg boleh menarik perhatian student utk menyertai"
Jgn teruskan badi MPP sebelum ni,...espcially sem YDP Alwie..langsung x ada response or dikategorikan sbg 'mayat hidup'!
Sorry kalau terasa...realiti harus dikatakan jugak walau pahit!
salam...:)
dan aku harap,...kau approve utk setiap komen...x perlu utk set bg account tertentu je bleh bg komen.
open to all internet users...barula transprnt sikit!
Forum suara SISWA? hahaha!!1 lawak!
UniMAP ada suara siswa ker? yang ada suara HEPA!
Post a Comment