Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

6:56 AM

PERPUSTAKAAN UniMAP

Posted by mppunimap_asyraf

15+16 mac- Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP telah menghadiri satu bengkel, Meneroka Sumber Maklumat yang dianjurkan dengan kerjasama perpustakaan Universiti Malaysia Perlis. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai aplikasi dan servis yang diberikan oleh perpustakaan tersebut. Perpustakaan membelanjakan hampir satu juta ringgit bagi menyediakan aplikasi elektronik seperti e-book, journal dan pelbagai lagi. Aplikasi ini amatlah berguna kepada kita sebagai mahasiswa. Kita hanya sedar buku-buku yang berada di rak-rak di perpustakaan tetapi kita tidak sedar yang mana sumber-sumber yang dalam bentuk maya lebih banyak daripada yang kita dapat lihat. Website seperti science direct, ebrary dan ieee dapat membantu kita dalam menambah ilmu dan menyiapkan tugasan yang diberikan khasnya dalam bidang kejuruteraan.
Jemputan daripada pihak perpustakaan ini didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. banyak yang kami pelajari dan ilmu akan membantu kami dalam menyelaraskan lagi kehidupan sebagai pemimpin pelajar.
Bagi kelab-kelab atau persatuan-persatuan atau kumpulan-kumpulan pelajar yang berminat unutk menganjurkan bengkel sebegini adalah amat digalakkan. Bengkel ini tidak memerlukan sebarang kos kewangan atau masa yang lama. Hanya 3 jam diperuntukkan bagi satu-satu sesi. Untuk keterangan lanjut sila rujuk kaunter runding maklumat di perpustakaan atau pun sila layari mylib.unimap.edu.my

0 comments:

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates