KANGAR, 11 MAC -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menjadi tuan rumah karnival sukan dan kebudayaan IMT-GT (The Indonesia, Malaysia, Thailand – Growth Triangle (IMT - GT) kali ke-11 selama seminggu bermula 27 Mac ini.
Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, lebih seribu peserta melibatkan penyertaan sebanyak sepuluh buah universiti di rantau IMT-GT iaitu Indonesia, Thailand dan Malaysia akan menyertai karnival yang diperkenalkan pada 1995 itu.
Sebanyak enam acara sukan akan dipertandingkan pada karnival itu iaitu bola sepak, tenis, badminton, ping-pong, bola keranjang dan bola tampar manakala persembahan kebudayaan tiga negara akan dipersembahkan oleh setiap universiti untuk tontonan umum.
Kesemua acara akan berlangsung di beberapa lokasi di Perlis termasuk Stadium Utama manakala acara-acara kebudayaan akan berlangsung di Dewan 2020 dan Dewan Kapitol, Kangar.
Semasa melancarakan laman web, lagu dan maskot karnival itu di sini hari ini, Dr Kamarudin berkata, orang ramai boleh melayari website itu di alamat www.imtgt2009.org bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Beliau berkata laman web karnival bertujuan memudahkan pelayar laman web untuk melayari dan mengetahui info-info yang terkini seperti jadual dan keputusan perlawanan sepanjang berlangsungnya karnival IMT -GT 2009 selain memuatkan sejarah IMT – GT itu sendiri.
Sementara itu, UniMAP mencipta lagu khas IMT - GT 2009 yang bertajuk “Together We Unite” ciptaan Prof. Dr. Ismail Abdullah dan merupakan persembahan kali pertama sepanjang penganjurannya.
"Saya mengharapkan agar lagu ini akan dapat diterima oleh pelbagai pihak kerana lagu ini banyak menceritakan mengenai kerjasama dan perpaduan dalam pembangunan ekonomi dan sosial ketiga-tiga negara ini,"katanya.
Bagi memeriahkan lagi karnival itu, singa yang diberi gelaran "si pintar" dipilih untuk menjadi maskot karnival kerana ia dikenali sebagai ‘Raja Rimba’ disebabkan kekuatan, kehebatan dan kepintarannya, sinonim dengan gelaran Singa Utara bagi pasukan bola sepak Perlis.
Karnival itu adalah sebagai salah satu langkah mengeratkan kerjasama rantau IMT-GT di sektor akademik, pendidikan dan kebudayaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
chaiyoooo untuk yg terlibat dgn IMTGT!! all the best, seronok jumpa kawan2 baru nnt. have fun ;)))
Post a Comment