Assalamualaikum,
Universiti Malaysia Perlis adalah universiti yang sentiasa mengutamakan pelajarnya. Oleh itu,kebajikan mahasiswa menjadi keutamaan pihak universiti. Disamping itu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (MPP UniMAP) juga turut mengutamakan kebajikan mahasiswa-mahasiswa UniMAP. Maka dengan itu, MPP UniMAP berusaha membantu pihak universiti dalam memastikan kebajikan mahasiswa UniMAP tidak terabai. Dalam menjaga kebajikan mahasiswa, pihak universiti menyediakan beberapa bantuan kewangan kepada mahasiswa UniMAP. Antara bantuan kewangan yang disediakan ialah Bantuan Kewangan dari Tabung Amanah Zakat dan Bantuan Kewangan dari Tabung Amanah Khas.
Bantuan kewangan yang disediakan:
BANTUAN KEWANGAN DARI TABUNG AMANAH ZAKAT
Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP )
1. Kepada pelajar – pelajar UniMAP yang berkelayakan dan memenuhi syarat –
syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon bantuan zakat dari Tabung
Amanah Zakat Universiti Malaysia Perlis :
1.1 Calon yang dipilih hendaklah seorang pelajar yang berdaftar di universiti ini.
1.2 Pelajar yang menerima bantuan wang zakat ini mestilah beragama Islam.
1.3 Pelajar yang menerima wang zakat ini mestilah tergolong dalam golongan
asnaf-asnaf sebagaimana yang ditetapkan dalam syariat Islam. Golongan
asnaf-asnaf tersebut adalah :
- Fakir
- Fisabilillah
- Miskin
- Muallaf
- Ibnusabil
1.4 Syarat-syarat pemberian wang zakat hendaklah mengikut syarat yang telah
ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam.
1.5 Pendapatan bersih ibu bapa pelajar hendaklah tidak melebihi RM 1,000.00
sebulan.
2. Tabung tersebut adalah terhad dan pemilihan akan dibuat oleh jawatankuasa yang
telah dilantik oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Universiti Malaysia
Perlis.
3. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang di dalam laman web
jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni, Universiti Malaysia Perlis
<<>> di borang – borang permohonan.
4. Tarikh Tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2008
BANTUAN KEWANGAN DARI TABUNG AMANAH KHAS
Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP )
1. Kepada pelajar – pelajar UniMAP yang berkelayakan dan memenuhi syarat –
syarat berikut adalah dipelawa untuk memohon bantuan dari Tabung
Amanah Khas Universiti Malaysia Perlis:
1.1 Pelajar yang dipilih hendaklah seorang pelajar yang berdaftar penuh
masa di universiti ini.
1.2 Pelajar yang berkenaan hendaklah pelajar diploma, ijazah pertama atau
ijazah tinggi peringkat Master.
1.3 Bantuan kewangan ini terbuka kepada semua pelajar iaitu warganegara
Malaysia dan warganegara asing.
1.4 Pendapatan bersih kedua-dua ibu bapa/penjaga pelajar hendaklah tidak
melebihi RM 1,000.00 sebulan.
1.5 Pelajar yang berjaya mendapat bantuan kewangan ini akan hanya
diberi bantuan sekali sahaja semasa pengajiannya di universiti ini
2. Pemilihan akan dibuat oleh jawatankuasa yang telah dilantik oleh Jabatan Hal
Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaysia Perlis.
3. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan ahli mesyuarat akan bersidang setiap
sebulan sekali.
4. Permohonan boleh dibuat dengan memuat turun borang dari laman web jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni Universiti Malaysia Perlis <
Mahasiswa UniMAP boleh mendapatkan borang-borang permohonan terus laman web Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Aluminai (HEPA) atau boleh mendapatkanya dari MPP UniMAP; exco kebajikan dan hubungan komuniti.
Laman web HEPA : http://publicweb.unimap.edu.my/~hep/index.php?option=com_content&task=view&id=34&Itemid=47
Exco Kebajikan & Hubungan KOmuniti
Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP
AMIN JAMAIN- 0179354735
AMIR NAZREN-0125457970
‘ADILAH-0193990183
artikel ini disediakan oleh Amin Jamain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
aku link kan ke blog.
tq.
n goodluck all mpp!
Post a Comment