Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

10:10 PM

Pembubaran MPP UniMAP 0809

Posted by mppunimap_asyraf

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA UniMAP

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2008/2009 telah dibubarkan oleh Y.Bhg Dato' Naib Canselor pada 16 September 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, proses penamaan calon serta Pemilihan MPP baruiaitu Sesi 2009/2010 akan dilaksanakan pada tarikh seperti berikut:

Hari Penamaan Calon: 07 Oktober 2009

Hari Pengundian : 14 Oktober 2009


Sila rujuk lampiran yang disertakan untuk maklumat lanjut.


'Dinamisme Baru, Wajah Baru'

Yang Menjalankan Tugas,


MOHD MUSTAFA AL BAKRI ABDULLAH
Timbalan Dekan
School Of Material Engineering
Universiti Malaysia Perlis

sk: YBhg. Dato' Naib Canselor

Dekan HEPA

7:22 AM

Ramadhan DiHormati, Aidilfitri Diberkati

Posted by mppunimap_asyraf

12:10 AM

Bantuan Untuk Pelajar Cemerlang Miskin Bayar Pinjaman PTPTN

Posted by mppunimap_asyraf

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Graduan cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), daripada keluarga miskin akan menerima bantuan untuk membayar balik sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka melalui skim dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka yang mendapat ijazah kelas pertama dan aktif dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai melalui kriteria keluarga berpendapat rendah dan jumlah adik beradik.

"Kita akan membuat perbandingan antara mereka yang cemerlang mengikut garis panduan kemiskinan dalam negara iaitu mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.

"Wang tersebut akan terus dimasukkan dalam tabung PTPTN bagi membayar balik sebahagian daripada pinjaman yang diperolehi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat kementerian itu dan menyampaikan biasiswa YTAR kepada lima penerima di sini pada Jumaat.

Mohamed Khaled yang juga pengerusi YTAR berkata, biasiswa YTAR diberikan kepada pelajar cemerlang tahun pertama dalam program ijazah sarjana muda IPTA dan aktif dalam kokurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

"Bagi tahun ini, 17 calon telah layak menerima biasiswa ini daripada 662 permohonan yang memenuhi syarat. Amaun biasiswa ini meliputi semua yuran yang dikenakan oleh universiti serta elaun sara hidup sebanyak RM1,000, elaun buku RM500 setiap semenster serta penerbangan pergi balik sekali setahun bagi penerima dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata tahun ini seramai 1,040 pelajar IPTA dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan.

"Pembiayaan bantuan ini berbeza dengan pinjaman lain yang mereka perolehi walaupun sudah mendapat pinjaman PTPTN,'' katanya.

Mohamed khaled berkata, seramai 133 pelajar turut diberikan biasiswa pelajar cemerlang pada tahun ini dalam tumpuan untuk menjadi sumber tenaga akademik di IPTA pada masa hadapan.

"Program ini merupakan tambahan pada program pembiayaan pasca ijazah untuk menampung kekurangan tenaga akademik khusus dalam bidang sains dan sains tulen," katanya.

Sementara itu, Mohamed khaled berkata jumlah pensyarah yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) di IPTA telah meningkat sebanyak 20.8 peratus iaitu seramai 8,132 berbanding 6,438 pensyarah pada tahun lalu.

"Jumlah ini merupakan 36.14 peratus daripada jumlah keseluruhan 22,501 pensyarah di IPTA termasuk 1,261 tenaga pelajar dari luar negara," katanya.

-- BERNAMA

11:31 PM

Tahniah Malaysia.

Posted by mppunimap_asyraf



Malaysia yang ku cintai...
Tahniah buat Malaysia kerana akan menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52
Walaubagaimana pun sejauh manakah kemerdekaan itu dihayati bersama
terutamanya golongan mahasiswa.
Hari ini 28 Ogos
Apakah yang kita sudah lakukan untuk memperingati
dan menghayati detik kemerdekaan negara 52 tahun dahulu.
Sebagai golongan intelektual negara
adakah kita hanya perlu membuka buku dan memegang spanar sahaja?
pernahkah kita bercita-cita untuk memajukan negara dengan ilmu di dada?

Marilah kita bersama-sama berfikir dan laksanakan
tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 52

6:39 PM

Takziah

Posted by mppunimap_asyraf

KANGAR: “Saya melihat kereta dipandu pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbang beberapa meter sebelum merempuh tiang lampu di tengah Bulatan Jubli Emas di sini, menyebabkan mangsa tercampak keluar,” kata saksi kemalangan maut membabitkan dua pelajar Unimap, manakala tiga lagi parah di sini, tengah malam semalam.

Dia yang enggan dikenali mendakwa Perodua Kelisa dinaiki lima pelajar terbabit dipandu laju dari arah Arau dan gagal dikawal sebelum terbabas dan melayang ke tengah bulatan terbabit.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam, Muhammad Shafiq Izzudin Baharom dan Edgar Emerald Fredrick, masing-masing berusia 19 tahun terkorban manakala tiga lagi cedera parah, termasuk seorang kritikal selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di bulatan berkenaan.

Muhamad Shafiq dari Pontian, Johor, yang ceder teruk di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Fredrick dari Miri, Sarawak, pula disahkan mati di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, kira-kira jam 6.20 pagi.

Kedua-dua mangsa berada di tempat duduk belakang dan tiga lagi pelajar dilaporkan parah termasuk pemandu, Calvin Kabin Chong, 19, dari Ranau, Sabah, yang kini ditempatkan di ICU kerana pendarahan teruk di kepala.

Dua lagi mangsa, Nisardian Shah Mohammad dari Kota Kinabalu, Sabah, dan Aini Fatihah Mohd Sabilan, masing-masing berusia 19 tahun, dilaporkan parah, tetapi stabil dan dirawat di HTF.

Semua mangsa pelajar tahun satu bidang kejuruteraan.

Nisardian berkata, dia yang berada di sebelah pemandu sudah menasihatkan rakannya, Calvin supaya memperlahankan kenderaan kerana sudah hampir dengan bulatan.

“Dia (Calvin) mungkin tidak mendengar apa yang saya cakap dan kenderaan kami terus meluncur laju melanggar tiang lampu di bulatan terbabit. Selepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku hingga sedar sudah terlantar di HTF,” katanya yang patah tangan kanan.

Katanya, dia bersama empat rakannya keluar menaiki kenderaan sewa untuk makan di sebuah restoran di Arau dan kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kolej Kediaman UniMAP di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Bapa Muhamamd Shafiq, Baharom Kamar, seorang anggota polis di Kelantan berkata, mangsa anak sulung dari empat beradik dan dia bergegas ke Perlis selepas dimaklumkan kemalangan oleh pihak pengurusan UniMAP kira-kira jam 1.30 pagi.

“Saudara-mara Muhamad Shafiq sedang menunggu jenazah,” katanya yang kelihatan sedih dan enggan mengulas lanjut ketika hadir menuntut jenazah anaknya di bilik mayat HTF. Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamaruddin Husin.

Jenazah Muhamad Shafiq disembahyangkan di Masjid Padang Katong di sini, selepas solat Zuhur sebelum dibawa ke Pontian, Johor manakala Frederick akan diterbang ke Miri, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Rosli Yahaya, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, sumber polis ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kenderaan terbabit dipandu laju ketika menghampiri bulatan, sebelum terbabas dan melayang ke tengah bulatan.

Sementara itu, Dr Kamarudin pula berkata, semua urusan perubatan mangsa dan penghantaran jenazah ditanggung Unimap dan pihaknya mengucap takziah kepada keluarga mangsa.

“Semua pelajar terbabit sedang bercuti seminggu selepas majlis konvokesyen UniMAP pada 15 Ogos lalu,” katanya.

artikel ini dipetik dari metro online

4:59 AM

Kompleks Sukan Bertaraf Dunia

Posted by mppunimap_asyraf



KANGAR, 17 Ogos (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mempunyai kompleks sukan bertaraf dunia di kampus induknya di Ulu Pauh apabila kompleks bernilai RM100 juta siap untuk digunakan pada 2011 ini.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata gelanggang futsal merupakan komponen utama kompleks itu selaras dengan pemilihan UniMAP sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Futsal kebangsaan peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita dalam persidangan akhbar selepas merasmikan program pendidikan kejurulatihan berterusan zon utara anjuran bersama Majlis Sukan Negara dan UniMAP di sini Isnin beliau berkata, sebagai permulaan empat gelanggang futsal akan disediakan, dan jumlah itu akan terus ditingkatkan kemudiannya.

Sementara itu Kamaruddin berkata UniMAP juga bercita-cita untuk mewujudkan program ijazah dan diploma bagi kejuruteraan sukan tidak lama lagi sejajar dengan kepercayaan kerajaan terhadap keupayaan UniMAP dalam mengendalikan kegiatan sukan.


"Saya tidak dapat menyatakan bila program itu boleh dimulakan namun ia sudah ada dalam perancangan," katanya dan menambah kejuruteraan sukan amat penting dalam proses membangunkan industri sukan negara selain menjadi pemangkin ke arah melahirkan para atlet dan jurulatih yang berkualiti.

Sementara itu 128 jurulatih sukan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan juga petugas UniMAP sendiri mengambil bahagian dalam program dua hari itu di sebuah hotel di sini bermula Isnin.

artikel dipetik daripada www.unimap.edu.my

4:09 AM

UniMAP Hebat!!!

Posted by mppunimap_asyraf

Menurut laporan “The Webometrics Ranking of World Universities” yang dikeluarkan pada Julai 2009, UniMAP telah menduduki carta ke-14 di antara universiti di seluruh Asia Tenggara manakala carta ke-745 bagi universiti seluruh dunia. Kedudukan UniMAP merupakan yang ke-3 tertinggi di kalangan universiti dari Malaysia, di dahului oleh UTM dan USM.

“The Webometrics Ranking of World Universities” merupakan satu inisiatif oleh Cybermetrics Lab iaitu sekumpulan penyelidikan di bawah Consejo Superior de Investigaciones CientAficas (CSIC), sebuah pertubuhan penyelidik bebas di Sepanyol. Webometrics menilai laman web universiti di seluruh dunia, dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai bagi setiap tahun. Penilaian ini dibuat berdasarkan pelbagai kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria-kriteria tersebut perlu ada pada laman web sesebuah universiti bagi memastikan ranking terbaik diperolehi.

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pusat ICT UniMAP amnya dan kepada pasukan laman web UniMAP khususnya yang telah bertungkus-lumus mengerah fikiran bagi mendapatkan rekaan laman web UniMAP yang diiktiraf dunia. Semoga dengan pencapaian ini akan memberi inspirasi kepada semua yang terlibat dalam meningkatkan lagi prestasi dan memastikan ranking yang lebih baik di masa akan datang.

Tahniah juga diucapkan kepada semua warga akademik UniMAP yang telah banyak menyumbang pelbagai artikel, jurnal dan buku secara online di mana telah banyak membantu menaikkan ranking webometrics.

Tahniah UniMAP !!!

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.webometrics.info/top100_continent.asp?cont=SE_Asia


4:58 PM

Selangkah ke Menara Gading

Posted by mppunimap_asyraf

Selamat Datang ke Universiti Malaysia Perlis. Tahniah kepada 1800 mahasiswa/mahasiswi baru yang telah bergelar sebagai mahasiswa mahasiswi UniMAP. Sesungguhnya kejayaan melanjutkan pelajaran ke menara gading merupakan satu impian yang cukup bermakna. Diharapkan peluang yang dinikmati ini dimanfaatkan oleh semua mahasiswa/i baru.



MPP bersama mahasiswa baru


sekitar senam robik

9:36 PM

Seketeriat Festival Konvokesyen 4

Posted by mppunimap_asyraf

PERMOHONAN SEKRETARIAT FESTIVAL KONVOKESYEN KE-4 UniMAP

Kepada seluruh mahasiswa/siswi Universiti Malaysia Perlis yang berminat untuk menjadi seketeriat festival konvokesyen ke 4. Anda boleh memuat turun borang dan dihantar kepada mana-mana ahli majlis Perwakilan Pelajar sebelum 15 Julai 2009.


Borang Seketeriat



11:55 PM

EN Khalid bersama MPP

Posted by mppunimap_asyraf

Pada 25 Jun 2009 Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang ahli lembaga pengarah universiti, En Khalid Mohamed. Beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Belanjawan Kompleks Kemeterian Kewangan Malaysia. Pertemuan ini telah berlangsung di bilik mesyuarat Dewan Serbaguna Kg Wai.

Kehadiran Encik Khalid adalah tidak dirancang kerana beliau ingin bersua dengan pemimpin pelajar UniMAP, beliau terus datang untuk berjumpa MPP. Walau bagaimanapun, pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam ini telah memberi peluang kepada MPP untuk menyuarakan beberapa masalah yang timbul di sekitar kampus secara terus dan telus keperingkat LPU. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar amat berterima kasih di atas kunjungan En Khalid tersebut. Beberapa isu mengenai kebajikan mahasiswa seperti pembinaan susur gajah di pusat pengajian, harga makanan di kampus, masa depan atlit universiti dan pembinaan kampus tetap telah diutarakan.

En Khalid telah memberikan respon yang positif terhadap permasalahan ini. Beliau akan lebih mendalami semua permasalahan ini agar kemudahan bagi mahasiswa di UniMAP ini setanding dengan universiti yang lain walaupun mengamalkan sistem kampus teragih. Majlis Perwakilan Pelajar Mengharapkan lebih banyak kunjungan seperti ini agar pihak atasan dapat lebih mendekati permasalahan mahasiswa di universiti.

8:58 AM

UNDER CONSTRUCTION

Posted by mppunimap_asyraf



PERUBAHAN TEMPLATE SEDANG DILAKUKAN SEBARANG KESUITAN AMAT DIKESALI

11:17 PM

KONVENSYEN MPP KEBANGSAAN

Posted by mppunimap_asyraf

22 Mei ~ Pada 14-20 Mei 2009 yang lalu seramai 21 orang perwakilan pelajar UniMAP yang diketuai oleh Yang Di Pertua MPP UniMAP sendiri, saudara Abdul Malek telah menghadiri Konvensyen Kebangsaan MPP Malaysia kali ketiga yang diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.Perjalanan dari Perlis ke Johor merupakan satu pengalaman yang cukup menarik walaupun ini bukanlah kali pertama delegasi pemimpin mahasiswa UniMAP ke UTHM.
Konvensyen kali ini dihadiri oleh perwakilan dari 20 IPTA dan 3 IPTS. Peluang bersua dan berkenalan dengan rakan-rakan seperjuangan dari seluruh universiti di Malaysia telah dimanfaatkan sebaik mungkin. Jumlah perwakilan yag hadir pada konvensyen kali ini lebih kurang 500 orang. Bagi MPP UniMAP ini merupakan satu pengalaman yang cukup hebat dan bermakna bagi setiap perwakilan.

Kehadiran Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Majlis Perasmian Konvensyen telah meninggalkan satu impak yang cukup bermakna. Yang Berbahagia Datuk juga telah mengumumkan Pertandingan 'Satu Malaysia' di univeristi-universiti. MPP sendiri akan menghantar blue print mereka dalam usaha mendapatkan dana untuk menjana program tersebut seterusnya memenangi pertandingan ini. MPP UniMAP akan menyahut cabaran ini selaras dengan dasar UniMAP ke arah Juara Perpaduan. Yang Berbahagia Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang turut hadir pada sesi sebelah malam telah memberi peluang kepada seluruh perwakilan mengutarakan pendapat mereka. Majlis yang bermula kira-kira 8.15 malam talah tamat pada 12.30 pagi. Kesudian Yang Berbahagia Dato' untuk berdialog serta mendengar permasalahan pemimpin mahasiswa telah mendapat pujian daripada perwakilan.
Hari kedua diteruskan dengan pembentangan kertas kerja oleh Majlis Perwakilan Pelajar dari beberapa buah IPTA. Empat topik utama iaitu akademik, pembangunan sahsiah, kepimpinan dan keusahawanan telah dipilih sebagai tajuk utama bagi setiap kertas kerja yang bentangkan. Antara kertas kerja yang mendapat perhatian pemimpin mahasiswa ialah 'PEMERKASAAN MUTU DAN KUALITI PENDIDIKAN SEKOLAH-SEKOLAH LUAR BANDAR, NEGERI SABAH' yang disampaikan oleh YDP MPP UMS dan 'BURNOUT AMONG UITM LEADER' oleh YDP MPP UITM. Idea dan pendapat yang di sampaikan begitu bernas dan berguna kepada seluruh perwakilan.
Program 'Khidmat Masyarakat' yang dilakukan 6 buah kampung yang berbeza di kawasan Parit Raja, Batu Pahat merupakan satu aktiviti yang amat berguna kepada pemimpin mahasiswa Malaysia dalam mendalami kehidupan masyarakat di sana yang rata-ratanya berbangsa jawa. Kehadiran pemimpin-pemimpin mahasiswa ke sekolah-sekolah di kawasan tersebut juga telah menambah kegembiraan para pelajar yang sedang menyambut Majlis Hari Guru. Sesungguhnya aktiviti yang diserrtai pada hari ketiga konvensyen ini akan menjadi satu kenangan terindah dalam diri setiap peserta.
Hari terakhir konvensyen merupakan antara hari-hari yang ditunggu oleh setiap perwakilan. Pembentangan dan perbincangan resolusi yang diadakan berlangsung dengan aman dan jaya walaupun rata-rata peserta merasakan masa yang diberikan tidak mencukupi. Diharapakan pihak penganjur dapat memberikan perhatian terhadap kekangan ini. Idea-idea yang dilontarkan telah di debatkan secara ilmiah dan intelek. Kebijaksanaan pemimpin mahasiswa yang hadir dalam mengutarakan pendapat dapat dilihat dengan jelas.
Pada malam akhir konvensyen, rancangan 'Suara Siswa' terbitan RTM di langsung kan di Dataran Terbuka UTHM. Program yang diacarakan oleh Dr Fazley telah berjaya mengamit suasana. Topik ' Modal Insan & Negara Bangsa' telah berjaya dikupas dengan baik oleh ahli panel yang terdiri daripada Naib Chanselor UTHM, YDP UPM & YDP UniMAS.
MPP UniMAP mengharapkan Kementerian Pengajian Tinggi dapat melaksanakan lebih banyak program seumpama ini dalam meningkatkan intelektual dikalangan pemimpin mahasiswa dan kami merasa konvensyen ini merupakan pentas terbaik untuk pemimpin pilhan mahasiswa ini menyuarakan idea dan pendapat.

9:07 PM

UniMAP @ NRIC 2009

Posted by mppunimap_asyraf

Pada 15-18 Mei yang lalu, sekumpulan pelajar yang terdiri daripada 35 siswa tahun 3 dan tahun akhir UniMAP dan 2 orang pegawai pengiring menyertai National Research Innovation Competition (NRIC 2009) yang berlansung di Dewan Peperiksaan Universiti Sains Malaysia (USM). Kontigen UniMAP yang diketuai oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UniMAP, Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah telah menghantar 15 produk yang telah memenangi pingat emas dalam pertandingan penyelidikan dalaman.

Setelah selesai sesi penghakiman pada 17 Mei 2009, pada majlis penutup yang diadakan pada 18 Mei 2009 semalam pihak juri telah menghadiahkan UniMAP dengan 2 Emas, 2 Perak dan 3 Gangsa. Ini menunjukkan peningkatan jumlah pingat yang dimenangi pada tahun lepas. Dalam pada itu juga, produk mahasiswa UniMAP juga menggondol dua hadiah Speacial Award iaitu Moto Intention Award oleh Motorola bagi produk ROOMBOT-A HOUSEKEEPING ROBOT dan Best Invention & Innovation Award melalui produk BLIND’S MAN NAVIGATION ROBOT (ROVI).

Ini membuktikan produk penyelidikan mahasiswa UniMAP mempunyai kualiti yang tinggi dan mampu dipasarkan. Usaha yang berterusan oleh pihak university dalam menggalakkan aktiviti penyelidikan dikalangan mahasiswa UniMAP. Berikut adalah senarai keputusan penuh NRIC 2009:


UNIVERSITI

EMAS

PERAK

GANGSA





Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

2

4

3

Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

2

2

3

Universiti Sains Malaysia (USM)

2

2

3

Universiti Malaysia Serawak (UNIMAS)

2

1

1

Universiti Islam Malaysia (USIM)

1

1

3

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

1

1

1

Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

-

4

2

Universiti Darul Iman (UDM)

-

2

1

Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

-

1

3

Universiti Malaya (UM)

-

1

1

Universiti Malaysia Pahang (UMP)

-

1

1

Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM)

-

-

3

Universiti Putra Malaysia (UPM)

-

-

2

Universiti Teknologi Mara (UiTM)

-

-

2

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)





Senarai Penuh Produk Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Nama Penyelidik

Nama Produk

Pusat Pengajian

EMAS

VIVIAN TANG SUI LOT

ROOMBOT-A HOUSEKEEPING ROBOT

Mekatronik

ALLAN MELVIN A\L ANDREW & PRABU

BLIND’S MAN NAVIGATION ROBOT (ROVI)

Mekatronik

PERAK

KOK WEI ZET

DESIGN AND FABRICATION OF HUMAN TRANSPORTER

Pembuatan

LIM JIN CHOW

EMG SENSOR HEAD – SET TO DETECT AND ALERT DRIVER IN DROWSINESS

Mekatronik

AZLIYANA AHMAD

CD-R WASTE RECYCLING PROCESS : ULTRASONIC SEPARATION PROCESS OF GOLD

Bahan

LIEW KHE YIN

BRICKET FROM BIOMASS

Bahan

MASITA CHE OMAR

SMOKE N GO

Alam Sekitar


SPECIAL AWARD

1. MOTO-INTENTION AWARD by MOTOROLA

VIVIAN TANG SUI LOT –ROOMBOT-A HOUSEKEEPING ROBOT (UniMAP)

2. SUSTAINABLE PROJECT AWARD

USIM

3. BEST INVENTION & INNOVATION AWARD

ALLAN MELVIN A\L ANDREW & PRABU

BLIND’S MAN NAVIGATION ROBOT (ROVI)

(UniMAP)

4. SOCIAL IMPACT POLICY AWARD

UPSI

5. BEST PROJECT AWARD

USM

Sumber Berita:

Unit Aktiviti & Antarabangsa

Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates