PERHATIAN KEPADA SEMUA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI / BERTANDING AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELJAR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SESI 2009/2010, SILA RUJUK MAKLUMAT DIBAWAH:
Pengambilan Borang Penamaan Calon
(i) Tarikh Pengambilan Borang - Mulai 30 Sept. - 2 Oktober 2009
(ii) Tempat Mengambil Borang - Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
dan Alumni, Jalan Serawak, Tmn Bukit Kubu, Kuala Perlis.
(iii) Masa Mengambil Borang - 09.30 pagi – 04.00 petang
(iv) Bayaran Pengambilan Borang - RM 50.00/borang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Salam mahasiswa & salam 1 Malaysia,
Sedar ataupun tidak, Jawatankuasa Majlis Perwakilan Mahasiswa UniMAP bagi sesi 2008/2009 telahpun dibubarkan semenjak tarikh pengeluaran Notis Pemilihan MPP 2009-10 yang telah dikeluarkan oleh Jawatankuasa Naib-Naib Canselor/Rektor dan bagi pihak Sekretariat Timbalan Naib Canselor Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia (IPTA).
Oleh kerana demikian, suatu proses demokrasi perlu dijalankan bagi memilih Ahli Majlis yang baru. Namun begitu, persoalan pokok yang perlu diselesaikan apabila berhadapan dengan politik kampus di bumi UniMAP ini ialah, adakah politik kotor yang saban tahun diamalkan oleh universiti ini akan diteruskan lagi buat sesi kali ini?? Dan adakah mahasiswa/i UniMAP masih lagi bertindak membutakan mata & memekakkan telinga dengan cara diam membetuli apa sahaja keputusan yang datangnya daripada universiti??
Fakta dari JHEPA UniMAP, telahpun mengesahkan bahawa borang pencalonan telahpun terjual lebih daripada bilangan kerusi yang ditawarkan. Ini menampakkan bahawa kebangkitan mahasiswa/i untuk menuntut keadilan melalui proses Demokrasi semakin meningkat dan perlu diberi perhatian dan sokongan yang serius daripada semua siswa/i.
Sebagai kesimpulan awal , anggaran mudah yang dapat dibuat ialah akan wujudnya pilihanraya kampus pada sesi 2009/2010 ini , jika dan hanya jika sekiranya semua borang-borang tersebut ‘boleh’ dihantar pada waktu penamaan calon nanti.
Namun begitu, menjadi kebimbangan kepada kita semua jika ‘tabiat lama’ universiti & pihak SPR(JHEPA) masih menjadi tradisi pada tahun ini. Menurut beberapa sumber yang tepat, wujudnya konspirasi jahat pada sesi yang lalu, diantara segelintir DEKAN PPK dan DEKAN JHEPA bersama calon-calon aspirasi dengan mengamalkan sikap “DOUBLE STANDARD” terhadap calon-calon yang bukan dari kalangan calon aspirasi yang akhirnya menyebabkan calon-calon tersebut gagal untuk memenuhi syarat-syarat menjelang hari penamaan calon.
Inilah puncanya, saban tahun kita diperbodohkan dengan berita-berita palsu yang mengatakan bahawa “PRK di UniMAP tidak dapat dijalankan kerana calon yang mendaftar dihari penamaan calon adalah tidak melebihi dari jumlah kerusi yang dipertandingkan”. Namun hakikat yang berlaku adalah berpunca daripada tindakan Dekan yang mengamalkan sikap double standard ini, dengan cara cuba menyulitkan calon(bukan aspirasi) untuk mengambil tandatangan dan cop PPK yang menjadi salah satu syarat wajib yang perlu ada untuk menjadi calon, yang sekiranya gagal mendapatkan tandatangan tersebut meyebabkan dia tidak dapat bertanding dalam PRK tersebut. Manakala bagi calon aspirasi pula dipermudahkan proses mengambil tandatangan melalui pemakluman waktu-waktu tertentu yang hanya Dekan tersebut ada di pejabat. Bila berhadapan dengan calon(bukan aspirasi), dikatakan sibuk sepanjang seminggu. Sebaliknya, calon aspirasi begitu mudah berjumpa dengannya dan akhirnya mampu untuk bertanding diatas perolehan tadatangan tersebut. Tidakkah ini dikira sebagai double standard?? Mahasiswa/i sentiasa mengambil berat berkenaan hal ini.
Oleh hal demikian, bagi sesi kali ini, pihak universiti perlulah mengurangkan karenah birokrasi bagi memudahkan proses pencalonan yang akan membawa kepada wujudnya Pilihanraya Kampus (PRK) yang lebih telus & adil.
Beranilah untuk mengubah, & anda mampu mengubahnya.
http://unimapkini.blogspot.com/
APA KATA ANDA WAHAI MANTAN-MANTAN MPP??
Salam perpaduan..
bile mase dah tukar ni?
Majlis Perwakilan Pelajar kot..
bukan majlis perwakilan mahasiswa..hehehe...
setuju gak dengan pendapat saudara..
tapi xde makneenye klu saudara hanya mengomel di blog2 saban tahun saban waktu di mane petukaran mpp berlaku..
jd saudara perlu lebih agresif,sbg contoh pergi sendiri ke hepa @ wakil kpt utk membincangkan perkara ini..
sekadar pandangan-(ak xkesah la sape mpp-ade xde same je)-
palajar UniMAP jer rasa MPP ada takder sama ja...
sebab MPP memang takder pun, yang ada MPHEPa. Majlis perwakilan HEPA. student kena cucuk idung jer suma tu..
sori nohh student..
aq xsokong hang..
aq nmpk mpp wat gak keje..
dah 4 taun ak kat cni..
batch ni 0809 paling menyerlah..
tahniah..
tp komen dr kwn2 aq..
ckp ydp taun ni kne cucuk idung..
depa dok kata ydp taun ni yg pilih2 mpp o910 under stopa.sdn.bhd..
bakal ydp plak pempuan.
nauzubillah...kalaulah betul..insaflah..lelaki yg pilih pempuan utk jd pemimpin..namenye dayus!!
ade yang nmpk ydp ni masa penamaan calon..xtaula..
depa dok kata la..aq dengaq jaa..
kalu silap sori noohh..^\/^
kalu btoi plak pikir2kan lah..
mpp mmg buat kije...tp sume tu ats arahan org atasan..bkn mcm universiti lain dimana mmp yg uruskn seme benda..dak unimap mmg xkesah ade mpp atau tidak..sbb mpp itu adalah hep...cuba tanya mn2 unimap student..sape yg knl mpp saban thn??kalu knl pun yang satu batch...junior or senior...??kadang2 ydp pun xkenal...sbb tu plu pilihanraya yg btl2 pilihan raya..br student lain bg komitmen kalu mpp mtk tlg...sbb dirg knl lbh rapat...
Post a Comment