Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

11:55 PM

EN Khalid bersama MPP

Posted by mppunimap_asyraf

Pada 25 Jun 2009 Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang ahli lembaga pengarah universiti, En Khalid Mohamed. Beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Belanjawan Kompleks Kemeterian Kewangan Malaysia. Pertemuan ini telah berlangsung di bilik mesyuarat Dewan Serbaguna Kg Wai.

Kehadiran Encik Khalid adalah tidak dirancang kerana beliau ingin bersua dengan pemimpin pelajar UniMAP, beliau terus datang untuk berjumpa MPP. Walau bagaimanapun, pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam ini telah memberi peluang kepada MPP untuk menyuarakan beberapa masalah yang timbul di sekitar kampus secara terus dan telus keperingkat LPU. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar amat berterima kasih di atas kunjungan En Khalid tersebut. Beberapa isu mengenai kebajikan mahasiswa seperti pembinaan susur gajah di pusat pengajian, harga makanan di kampus, masa depan atlit universiti dan pembinaan kampus tetap telah diutarakan.

En Khalid telah memberikan respon yang positif terhadap permasalahan ini. Beliau akan lebih mendalami semua permasalahan ini agar kemudahan bagi mahasiswa di UniMAP ini setanding dengan universiti yang lain walaupun mengamalkan sistem kampus teragih. Majlis Perwakilan Pelajar Mengharapkan lebih banyak kunjungan seperti ini agar pihak atasan dapat lebih mendekati permasalahan mahasiswa di universiti.

1 comments:

Q said...

salam
Hopefully UniMAP can will be "a step ahead" from any other U..

chaiyok2 UniMAP!!!

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates