Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

12:10 AM

Bantuan Untuk Pelajar Cemerlang Miskin Bayar Pinjaman PTPTN

Posted by mppunimap_asyraf

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Graduan cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), daripada keluarga miskin akan menerima bantuan untuk membayar balik sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka melalui skim dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka yang mendapat ijazah kelas pertama dan aktif dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai melalui kriteria keluarga berpendapat rendah dan jumlah adik beradik.

"Kita akan membuat perbandingan antara mereka yang cemerlang mengikut garis panduan kemiskinan dalam negara iaitu mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.

"Wang tersebut akan terus dimasukkan dalam tabung PTPTN bagi membayar balik sebahagian daripada pinjaman yang diperolehi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat kementerian itu dan menyampaikan biasiswa YTAR kepada lima penerima di sini pada Jumaat.

Mohamed Khaled yang juga pengerusi YTAR berkata, biasiswa YTAR diberikan kepada pelajar cemerlang tahun pertama dalam program ijazah sarjana muda IPTA dan aktif dalam kokurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

"Bagi tahun ini, 17 calon telah layak menerima biasiswa ini daripada 662 permohonan yang memenuhi syarat. Amaun biasiswa ini meliputi semua yuran yang dikenakan oleh universiti serta elaun sara hidup sebanyak RM1,000, elaun buku RM500 setiap semenster serta penerbangan pergi balik sekali setahun bagi penerima dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata tahun ini seramai 1,040 pelajar IPTA dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan.

"Pembiayaan bantuan ini berbeza dengan pinjaman lain yang mereka perolehi walaupun sudah mendapat pinjaman PTPTN,'' katanya.

Mohamed khaled berkata, seramai 133 pelajar turut diberikan biasiswa pelajar cemerlang pada tahun ini dalam tumpuan untuk menjadi sumber tenaga akademik di IPTA pada masa hadapan.

"Program ini merupakan tambahan pada program pembiayaan pasca ijazah untuk menampung kekurangan tenaga akademik khusus dalam bidang sains dan sains tulen," katanya.

Sementara itu, Mohamed khaled berkata jumlah pensyarah yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) di IPTA telah meningkat sebanyak 20.8 peratus iaitu seramai 8,132 berbanding 6,438 pensyarah pada tahun lalu.

"Jumlah ini merupakan 36.14 peratus daripada jumlah keseluruhan 22,501 pensyarah di IPTA termasuk 1,261 tenaga pelajar dari luar negara," katanya.

-- BERNAMA

11:31 PM

Tahniah Malaysia.

Posted by mppunimap_asyraf



Malaysia yang ku cintai...
Tahniah buat Malaysia kerana akan menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52
Walaubagaimana pun sejauh manakah kemerdekaan itu dihayati bersama
terutamanya golongan mahasiswa.
Hari ini 28 Ogos
Apakah yang kita sudah lakukan untuk memperingati
dan menghayati detik kemerdekaan negara 52 tahun dahulu.
Sebagai golongan intelektual negara
adakah kita hanya perlu membuka buku dan memegang spanar sahaja?
pernahkah kita bercita-cita untuk memajukan negara dengan ilmu di dada?

Marilah kita bersama-sama berfikir dan laksanakan
tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 52

4:28 PM
Posted by mppunimap_asyraf

3:20 AM

Tip Pemanduan Berhemah

Posted by mppunimap_asyraf




* Rancang perjalanan anda

Anda dikehendaki mengenalpasti laluan yang akan diambil untuk mengelak memandu dalam keadaan teragak-agak. Tentukan terlebih dulu kawasan rehat dengan menggunakan peta.


Dapatkan rehat mencukupi
Elakkan diri memandu di tengah malam ataupun awal pagi kerana ketika itulah tubuh memerlukan masa rehat. Perjalanan jauh selepas bekerja atau makan menyebabkan anda letih dan mengantuk.



Elak mengambil ubat yang tidak bersesuaian
Elak mengambil minuman atau ubat yang beri kesan mengantuk



Buang perasaan negatif
Hindarkan Perasaan Negatif seperti marah, kecewa dan teragakagak sebelum memandu Perbuatan berkenaan boleh mendorong untuk melanggar peraturan jalan raya seperti memandu laju dan secara berbahaya.

Periksa Kenderaan terutama sebelum memulakan perjalanan jauh
Periksa bahagian enjin seperti minyak pelincir, bateri, tali kipas dan air radiator. Selain itu periksa bahagian lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu syarat kecemasan. Anda juga dikehendaki memeriksa bahagian penting tayar seperti tekanan angin, keadaan tayar dan tayar gantian. Periksa bahagian brek seperti minyak brek, brek tangan dan keberkesanan brek serta memeriksa getah pengelap cermin.

8:31 PM

Ramadhan Al Mubarak

Posted by mppunimap_asyraf

6:39 PM

Takziah

Posted by mppunimap_asyraf

KANGAR: “Saya melihat kereta dipandu pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terbang beberapa meter sebelum merempuh tiang lampu di tengah Bulatan Jubli Emas di sini, menyebabkan mangsa tercampak keluar,” kata saksi kemalangan maut membabitkan dua pelajar Unimap, manakala tiga lagi parah di sini, tengah malam semalam.

Dia yang enggan dikenali mendakwa Perodua Kelisa dinaiki lima pelajar terbabit dipandu laju dari arah Arau dan gagal dikawal sebelum terbabas dan melayang ke tengah bulatan terbabit.

Dalam kejadian jam 12.50 tengah malam, Muhammad Shafiq Izzudin Baharom dan Edgar Emerald Fredrick, masing-masing berusia 19 tahun terkorban manakala tiga lagi cedera parah, termasuk seorang kritikal selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di bulatan berkenaan.

Muhamad Shafiq dari Pontian, Johor, yang ceder teruk di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Fredrick dari Miri, Sarawak, pula disahkan mati di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, kira-kira jam 6.20 pagi.

Kedua-dua mangsa berada di tempat duduk belakang dan tiga lagi pelajar dilaporkan parah termasuk pemandu, Calvin Kabin Chong, 19, dari Ranau, Sabah, yang kini ditempatkan di ICU kerana pendarahan teruk di kepala.

Dua lagi mangsa, Nisardian Shah Mohammad dari Kota Kinabalu, Sabah, dan Aini Fatihah Mohd Sabilan, masing-masing berusia 19 tahun, dilaporkan parah, tetapi stabil dan dirawat di HTF.

Semua mangsa pelajar tahun satu bidang kejuruteraan.

Nisardian berkata, dia yang berada di sebelah pemandu sudah menasihatkan rakannya, Calvin supaya memperlahankan kenderaan kerana sudah hampir dengan bulatan.

“Dia (Calvin) mungkin tidak mendengar apa yang saya cakap dan kenderaan kami terus meluncur laju melanggar tiang lampu di bulatan terbabit. Selepas itu, saya tidak tahu apa yang berlaku hingga sedar sudah terlantar di HTF,” katanya yang patah tangan kanan.

Katanya, dia bersama empat rakannya keluar menaiki kenderaan sewa untuk makan di sebuah restoran di Arau dan kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Kolej Kediaman UniMAP di Kampung Wai, Kuala Perlis.

Bapa Muhamamd Shafiq, Baharom Kamar, seorang anggota polis di Kelantan berkata, mangsa anak sulung dari empat beradik dan dia bergegas ke Perlis selepas dimaklumkan kemalangan oleh pihak pengurusan UniMAP kira-kira jam 1.30 pagi.

“Saudara-mara Muhamad Shafiq sedang menunggu jenazah,” katanya yang kelihatan sedih dan enggan mengulas lanjut ketika hadir menuntut jenazah anaknya di bilik mayat HTF. Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamaruddin Husin.

Jenazah Muhamad Shafiq disembahyangkan di Masjid Padang Katong di sini, selepas solat Zuhur sebelum dibawa ke Pontian, Johor manakala Frederick akan diterbang ke Miri, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Rosli Yahaya, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, sumber polis ketika dihubungi tidak menolak kemungkinan kenderaan terbabit dipandu laju ketika menghampiri bulatan, sebelum terbabas dan melayang ke tengah bulatan.

Sementara itu, Dr Kamarudin pula berkata, semua urusan perubatan mangsa dan penghantaran jenazah ditanggung Unimap dan pihaknya mengucap takziah kepada keluarga mangsa.

“Semua pelajar terbabit sedang bercuti seminggu selepas majlis konvokesyen UniMAP pada 15 Ogos lalu,” katanya.

artikel ini dipetik dari metro online

4:59 AM

Kompleks Sukan Bertaraf Dunia

Posted by mppunimap_asyraf



KANGAR, 17 Ogos (Bernama) -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mempunyai kompleks sukan bertaraf dunia di kampus induknya di Ulu Pauh apabila kompleks bernilai RM100 juta siap untuk digunakan pada 2011 ini.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata gelanggang futsal merupakan komponen utama kompleks itu selaras dengan pemilihan UniMAP sebagai Pusat Kecemerlangan Sukan Futsal kebangsaan peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) baru-baru ini.

Bercakap kepada pemberita dalam persidangan akhbar selepas merasmikan program pendidikan kejurulatihan berterusan zon utara anjuran bersama Majlis Sukan Negara dan UniMAP di sini Isnin beliau berkata, sebagai permulaan empat gelanggang futsal akan disediakan, dan jumlah itu akan terus ditingkatkan kemudiannya.

Sementara itu Kamaruddin berkata UniMAP juga bercita-cita untuk mewujudkan program ijazah dan diploma bagi kejuruteraan sukan tidak lama lagi sejajar dengan kepercayaan kerajaan terhadap keupayaan UniMAP dalam mengendalikan kegiatan sukan.


"Saya tidak dapat menyatakan bila program itu boleh dimulakan namun ia sudah ada dalam perancangan," katanya dan menambah kejuruteraan sukan amat penting dalam proses membangunkan industri sukan negara selain menjadi pemangkin ke arah melahirkan para atlet dan jurulatih yang berkualiti.

Sementara itu 128 jurulatih sukan dari negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan juga petugas UniMAP sendiri mengambil bahagian dalam program dua hari itu di sebuah hotel di sini bermula Isnin.

artikel dipetik daripada www.unimap.edu.my

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates