Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

2:44 AM

Syarahan Kepimpinan Perdana

Posted by mppunimap_asyraf




30 Jan - Syarahan Kepimpinan Perdana anjuran Akept (Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi) yang bertempat di Hotel Marriot telah dihadiri oleh Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP. Selain itu pegawai-pegawai tertinggi dan staf-staf universiti juga dijemput serta. Kehadiran barisan MPP dari serata Malaysia juga turut memeriahkan majlis tersebut. Syarahan ini telah disampaikan oleh Yg Berbahagia Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
Syarahan beliau yang bertajuk 'Pembangunan modal Insan Untuk Masa Hadapan: Pemangkin Pembangunan Ekonomi'.Modal insan ialah menggunakan segala-galanya pada insan itu bagi mencapai sesuatu. Beliau juga menegaskan bahawa universiti ialah satu institut bagi membangunkan masyarakat yang berilmu seterusnya meningkatkan lagi nilai modal insan tersebut. Dalam mengejar pembangunan ekonomi, kunci utamanya ialah inovasi dan modal insan.
Ciri-ciri modal insan ialah berpendidikan tinggi, berkemahiran tinggi dan berkualiti dalam aspek kepimpinan. Dalam fenomena ketidak tentuan ekonomi masa kini, pembangunan modal insan adalah amat penting dalam meneruskan legasi kecemerlangan negara. Bidang penyelidikan adalah salah satu cabang dalam meningkat nilai tambah kepada modal insan tersebut.
Dalam syarahan beliau, beliau juga telah menunjukkan analisa dimana graduan dari bidang perubatan, kejuruteraan, arkitek dan akauntan adalah graduan yang paling tinggi permintaannya di pasaran dan sebaliknya bagi graduan dalam bidang kemanusian dan sastera. Pengangguran banyak terjadi kepada dua golongan graduan ini. Walau bagaimanapun tidak sepatutnyalah kita meminggirkan graduan-graduan ini tetapi kita lengkapi mereka ini dengan kemahiran yang lebih agar terdapat nilai tambah dalam diri graduan yang dikeluarkan. Jawapan bagi semua ini ialah bidang keusahawanan. Keusahawan dapat memacu ekonomi negara dengan pesat dan seterusnya menjadi satu anjakan para digma kepada negara. Oleh itu, graduan-graduan perlulah mengubah cara pemikiran mereka daripada makan gaji kepada mengejar wang sendiri.
Begitulah sedikit sebanyak isi syarahan yang telah disampaikan oleh Y.B Dato Seri. Segala isi kandungan syarahan ini perlualah diberi perhatian yang serius oleh mahasiswa/siswi dan seluruh warga universiti khususnya UniMAP.


artikel ini disediakan oleh blogmaster.

12:51 AM
Posted by mppunimap_asyraf


7:41 PM

Untuk Mu Palestin

Posted by mppunimap_asyraf




17 jan- kangar seramai lebih kurang 3000 mahasiswa dan staf UniMAP berjalan sejauh 13 km bagi sempena program 7 pillars. Program bermula di MRSM Beseri dan berakhir di kampus tetap UniMAP, Kampus Alam di Pauh. Seawal 6.30 pagi mahasiswa UniMAP sudah menaiki bas menuju ke Beseri.Pagi itu aktiviti dimulakan dengan senamrobik agar semua peserta lebih bersedia. Jam 8 pagi Yang Berbahagia Dato NC telah melepaskan peserta. Ia dimulakan dengan staf-staf dihadapan dan diikuti peljar antarabangsa dari XingJiang dan diikuti mahasiswa UniMAP dari semua Pusat Pengajian Kejuruteraan.Terdapat 4 'checkpoint' dalam program ini. Perjalanan telah didahului oleh Dato NC sendiri dan YDP Majlis Perwakilan Pelajar sendiri.





Kira-kira jam 12 tengahari semua peserta telah sampai ke Kampus Alam (Pauh). semua mahasiswa turut membawa sepanduk-sepanduk yang membantah kekejaman rejim zionis ke atas rakyat palestin. semua mahasiswa cukup bersemangat berjalan sabil melaungkan 'Aman Palestin'.


Ketika majlis penutup program Jalan Kaki Lasak ini, Dato NC telah melancarkan Tabung Kemanusian Untuk Mu Palestin. Saudara Malek juga telah menyerahkan petisyen bantahan terhadap keganasan Palestin. Dimana petisyen in mengandungi tandatangan dari seluruh warga UniMAP. Ini jelas menunjukkan ke prihatinan dari seluruh warga UniMAP khususnya mahasiswa.

7:22 PM

Air Mata Anak Palestin

Posted by mppunimap_asyraf



Ibu...
Bangun la bu..bagun la...
Adik lapar bu...
Ibu..kenapa kali ni..cara ibu tidur berbeza??...
Saanggaaat berbeza..
Sampai dahi ibu luka pun..keluar darah tanpa henti...tu pun ibu tak sedar lagi..

Ibu..bagun la bu..bangun la..
Kalau ibu terus tidur macam ni..macam mane dengan adik bu...
Siapa nak suapkan adik makan bu..
Ibu..bangun la..
Tadi adik solat.. adik mintak kat Allah...
Supaya ibu bangun..adik takut bu kalau tingal sorang-sorang..
Dekat luar tu.. bunyi dentum dentam..kuat sangat bu... bising!..banyak kereta besar-besar...
Dengan askar pegang senapang sana sini...
Kalau diorang nampak je orang kite bu...terus diorang tembak...
Sebab tu la adik heret ibu masuk dalam bilik ni.. biar diorang tak nampak kita....

Bu...
Bangun la bu..bangun la..
Kenapa ibu langsung tak bergerak..sikit pun tak..
Badan ibu sejuk sangat bu...tak pe bu..adik bukak baju adik..adik selimutkan pada ibu ye..
Tapi..ibu masih sejuk bu...mungkin baju adik tak cukup besar nak selimutkan ibu..
Tak pe bu...adik peluk ibu.. dulu,kalau adik merungut sejuk...ibu peluk adik..
Sekarang ibu sejuk..biar adik pulak peluk ibu....



Ibu
Bangunla bu..bangun la..
Kenapa Israel tu kejam sangat bu???..kenapa mereka buat kita macam ni?..
Dulu bu..adik dengar..mereka kata..orang islam ni jahat!.pengganas!..
Kononnye runtuhkan WTC..korbankan banyak nyawa.. ntah betul ntah tak..
Kesahihannya..kita tak tahu bu..
Ini... secara terang-terangan bu.. meraka bunuh orang kita..
Mereka bunuh Amat..Amin..Jasir..Salleh ..aminah dan ramai lagi kawan-kawan adik bu...
Ini tak kejam ke bu?..habis rumah kita merekan bom kan... ini ke perikemanusiaan yang mereka
Maksudkan bu?..
Ini lebih kejam!..tak berperikemanusiaan! Hati mereka busuk bu!!!!Mereka sebenarnya pengganas!!!
Semoga Allah laknat mereka ni bu..

Bu.. bangun la bu.. bangun la..
Ayah dah tinggalkan adik... kakak dah tertimbus dalam rumah semalam.. abang dah kena tembak bu..
Sekarang.. ibu pulak tidur dan langsung tak nak bangun... adik takut bu.. adik takut..

Bu.. bangunla bu.. bangun la..
Dulu...ibu pernah cakap..doa orang teraniaya ni...senang Allah makbulkan..
Mari la kita doa sama-sama bu.. supaya Allah turunkan bala pada Israel laknatullah ni bu..

Ibu..
Kalau ibu masih nak tidur..
Adik pun nak tidur macam ibu...
Adik tidur tepi ibu ye bu...
Adik teman ibu tidur...
Sekurang-kurangnya..kalau diorang datang sini bu.
Adik boleh baling dengan batu kat tangan adik ni..
Adik takkan bagi diorang kacau ibu...
Ibu tidur ye bu..ibu jangan takut...adik sentiase ditepi ibu......

artikel ini disediakan oleh saudara Mohammad Nasrul Bin Jasamai

4:38 PM

Dunia Tekan Israel

Posted by mppunimap_asyraf



GENEVA: Tekanan terhadap Israel semakin meningkat, terbaru oleh pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi yang mahu rejim haram itu disiasat kerana melakukan jenayah perang antarabangsa berikutan tindak-tanduk zalim tenteranya di Gaza. Pada masa yang sama, tentera rejim Zionis menghadapi serang balas sengit oleh pejuang Hamas apabila cuba memasuki pusat Bandaraya Gaza sehingga berundur ke kawasan luar bandar semalam. Hamas dalam satu kenyataan berkata pejuangnya berjaya meletupkan dua kereta kebal Israel tetapi Tel Aviv menafikannya.

Israel didesak disiasat berikutan dakwaan serangan serta pengeboman secara 'sembarangan' dan 'membuta tuli' di kawasan kediaman penduduk awam selain tindakan askarnya menggunakan keluarga Palestin sebagai perisai manusia. Dengan angka kematian hampir mencecah 1,000 orang ketika pertempuran memasuki hari ke-18 semalam, tekanan semakin hebat agar satu siasatan bebas membabitkan insiden tertentu termasuk pengeboman sekolah PBB sehingga menyebabkan 40 orang terbunuh dan persoalan sama ada taktik perang tentera Israel menyalahi undang-undang kemanusiaan. Jawatankuasa kanan hak asasi PBB kelmarin meluluskan resolusi mengecam tindakan Israel kerana 'mengingkari asasi manusia secara besar-besaran.'

Sumber kanan PBB berkata, agensi kemanusiaan badan dunia itu sedang mengumpulkan bukti jenayah perang dan akan diserahkan kepada 'peringkat tertinggi' untuk digunakan pada masa yang sesuai. Beberapa aktivis hak asasi mendakwa kepemimpinan Israel mengeluarkan arahan untuk memastikan kemalangan jiwa pihak tentera berada pada tahap paling rendah tanpa mengambil kira nasib penduduk awam. "Strategi itu secara langsung menyumbang kepada serangan paling dahsyat pernah dilakukan rejim Israel di wilayah Palestin" kata mereka. Tentera Israel dituduh:

-Menggunakan bom berkuasa tinggi di kawasan penduduk awam dengan kesedaran bahawa ia akan menyebabkan kemalangan jiwa yang tinggi.
-Menggunakan senjata yang diharamkan seperti bom fosforus.
-Menahan keluarga Palestin untuk dijadikan perisai manusia.
-Menyerang pasukan perubatan termasuk kematian 12 pekerja ambulans di dalam kenderaan rasmi.
-Membunuh sejumlah besar polis yang tidak mempunyai peranan tentera.


Ketua agensi PBB bagi pelarian Palestin di Gaza, John Ging, berkata ia adalah mengenai keperluan untuk bertanggungjawab, tindakan tidak wajar dan keterlaluan yang diambil tentera selain isu tanggungjawab keseluruhan mengenai terhadap orang awam. "Kami tidak menyebelahi mana-mana pihak untuk membuat pengadilan tetapi penyiasatan terhadap setiap insiden perlu dilakukan untuk mengetahui tindakan yang dilakukan mengingkari undang-undang antarabangsa," katanya. Tindakan tentera Israel mencetuskan kemarahan luar biasa Palang Merah Antarabangsa selepas askar mengarahkan sebuah keluarga Palestin memasuki bangunan dan mengebomnya, menyebabkan 30 orang terbunuh. Kanak-kanak yang terselamat berpaut pada mayat ibu mereka selama empat hari selepas tentera menghalang mereka daripada diselamatkan. Israel melancarkan serangan ke atas Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk dengan alasan untuk membalas serangan roket Hamas ke kawasan didiami penduduk Yahudi secara haram. – Agensi

4:30 PM

BERGU TERTUTUP UniMAP

Posted by mppunimap_asyraf



MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA UniMAP


Sila ambil perhatian. Perubahan jadual waktu perlawanan :-

Perlawanan pada hari Sabtu akan dimulakan pada pukul 5.00 petang hingga 12.00 malam manakala jadual perlawanan pada hari Ahad tidak berubah.


Pindaan syarat pertandingan :-
Pindaan syarat 3.2-Bagi kategori veteran lelaki, umur kedua-dua peserta/pasangan apabila dicampur, jumlahnya mestilah sama atau lebih dari 70 tahun.Umur dikira pada tahun ini. Sila kemukakan kad pengenalan semasa hari pertandingan.
Pindaan syarat 3.10-Seorang peserta dibenarkan bermain lebih dari satu acara.


Tambahan acara :-
Satu lagi acara yang akan dipertandingkan ialah acara perseorangan lelaki.


Yuran penyertaan untuk acara ini ialah RM10.00. Borang penyertaan boleh didapati bersama lampiran. Pindaan tarikh tutup kejohanan :-
Tarikh tutup penyertaan dilanjutkan sehingga 14 Januari 2009 sebelum jam 5.10 petang

7:12 AM

PTPTN OH PTPTN……

Posted by mppunimap_asyraf

Hai kawan2, setiap semester pasti ada masalah berkaitan PTPTN. Majlis Perwakilan Pelajar 08/09 (MPP UniMAP) cuba membantu kawan2 sekalian. Sekarang,kawan2 boleh mengambil borang2 berkaitan PTPTN daripada MPP UniMAP.

1. Borang Aduan Biasiswa & Pinjaman

2. Permohonan Penangguhan Bayaran Balik

3. Borang Pembatalan Perjanjian dan Penolakan Pinjaman Pendidikan

4. Borang Perubahan Maklumat

5. Borang Permohonan Perlanjutan Tempoh Pinjaman
i) Syarat permohanan
a. PTPTN mempunyai peruntukan yg mencukupi utk menampung keperluan perlanjutan tempoh pinjaman;
b. Pelajar telah mengembalikan surat jaminan pinjaman( jika berkaitan);
c. Pelajar telah menuntut salinan dokumen perjanjian pinjaman dan mengembalikan Akuan Penerimaan Salinan Perjanjian;
d. Pelajar masih aktif pengajian di IPT;
e. Pelajar termasuk dalam salah satu daripada ketogori yang telah ditetapkan oleh PTPTN (seperti dibawah) dan mengemukan salinan dokumen yang disahkan:
- Perubahan struktur pengajian oleh IPT yang menyebabkan pertambahan tempoh pengajian;
- Masalah kesihatan samada:
* Menangguh pengajian dengan kebenaran doctor dan universiti tetapi telah menerima bayaran
* Tidak menangguh pengajian tetapi mengambil jam kredit secara minima
- Penangguhan pengajian yan dibenarkan oleh IPT bagi selain masalah kesihatan dan pelajar tidak menerima bayaran dalam tempoh penangguhan pengajian
- Tempoh pinjaman yang diterima kurang berbanding tempoh pengajian sebenar

6. Borang Permohonan Kenaikan Jumlah Pinjaman.Syarat permohonan;
a. PTPTN mempunyai peruntukan yg mencukupi utk menampung keperluan perlanjutan tempoh pinjaman;
b. Pelajar telah mengembalikan surat jaminan pinjaman( jika berkaitan);
c. Pelajar telah menuntut salinan dokumen perjanjian pinjaman dan mengembalikan Akuan Penerimaan Salinan Perjanjian;
d. Pelajar telah mengembalikan Surat Persetujuan Pertukaran Akaun(jika berkaitan);
e. Pelajar mampu membuktikan keperluan dengan mengemukan dokumen yang disahkan mengikut jenis rayuan seperti berikut:
I. Tanggungan ramai
II. Pencen
III. Sakit(ibu/bapa/pemoho)
IV. Ibu tunggal/ bercerai
V. Meninggal dunia
VI. Cacat
VII. Diberhentkan kerja
VIII. Kesilapan lorek pendapatan pada borang pemohon.

Semua borang diatas boleh diperolehi daripada MPP UniMAP selepas 31 January 2009.
Untuk pengetahuan semua,pemohon mendapatkan pinjaman PTPTN dibuka sepanjang secara online sahaja. Mulai kemasukan Julai 08/09, hanya 1% cas perkhimatan yang dikenakan keatas setiap peminjam. Kepada peminjam yang kemasukan sebelum julai 08/09 yang dikenakan cas perkhimatan 3% boleh membuat pemohonan pengurangan cas perkhimatan dari 3% kepada 1% selepas tamat pengajian. Cas perkhimatan yang dikenakan ini digunakan untuk membayar gaji pekerja yang menguruskan PTPTN.

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates