Festival Konvokesyen ke 4 Universiti Malaysia Perlis akan diadakan di Stadium Utama Kangar. Ini merupakan penganjuran kali pertama Festival Konvokesyen atau dahulu dikenali sebagai Pesta Konvokesyen, di luar kampus UniMAP. Bersesuaian dengan moto 'anjakan pemikiran satu wawasan' pihak seketeriat ingin penganjuran festival kali ini memberi impak yang positif khasnya para graduan dan mahasiswa/mahasiswi UniMAP, masyarakat negeri Perlis amnya.
Menurut laporan “The Webometrics Ranking of World Universities” yang dikeluarkan pada Julai 2009, UniMAP telah menduduki carta ke-14 di antara universiti di seluruh Asia Tenggara manakala carta ke-745 bagi universiti seluruh dunia. Kedudukan UniMAP merupakan yang ke-3 tertinggi di kalangan universiti dari Malaysia, di dahului oleh UTM dan USM. “The Webometrics Ranking of World Universities” merupakan satu inisiatif oleh Cybermetrics Lab iaitu sekumpulan penyelidikan di bawah Consejo Superior de Investigaciones CientAficas (CSIC), sebuah pertubuhan penyelidik bebas di Sepanyol. Webometrics menilai laman web universiti di seluruh dunia, dua kali setahun iaitu pada Januari dan Julai bagi setiap tahun. Penilaian ini dibuat berdasarkan pelbagai kriteria yang telah ditetapkan. Kriteria-kriteria tersebut perlu ada pada laman web sesebuah universiti bagi memastikan ranking terbaik diperolehi. Sekalung tahniah diucapkan kepada Pusat ICT UniMAP amnya dan kepada pasukan laman web UniMAP khususnya yang telah bertungkus-lumus mengerah fikiran bagi mendapatkan rekaan laman web UniMAP yang diiktiraf dunia. Semoga dengan pencapaian ini akan memberi inspirasi kepada semua yang terlibat dalam meningkatkan lagi prestasi dan memastikan ranking yang lebih baik di masa akan datang. Tahniah juga diucapkan kepada semua warga akademik UniMAP yang telah banyak menyumbang pelbagai artikel, jurnal dan buku secara online di mana telah banyak membantu menaikkan ranking webometrics. Tahniah UniMAP !!! Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.webometrics.info/top100_continent.asp?cont=SE_Asia
Virus influenza A (H1N1) adalah virus baru dan semua orang tiada daya ketahanan kepada jangkitan ini. Vaksin bagi melindungi jangkitan juga belum ada. Jika penularan dalam komuniti tidak dikawal dengan baik, penyakit yang mudah menular ini (contangious) akan merebak dengan cepat serta melibatkan kejadian kes-kes yang tinggi atau banyak dan jika keadaan ini tidak terkawal kejadian kes berkomplikasi akan berlaku termasuk kematian. Sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini, untuk membendung wabak pandemik di Malaysia (to slow down the spread), aktiviti kawalan dan pencegahan yang sedia-ada akan diteruskan melalui langkah-langkah pencegahan dan mitigasi. Langkah pencegahan dan mitigasi ini perlu diambil bagi memastikan kes-kes yang berisiko dikenal pasti dan diambil tindakan awal untuk mengelakkan komplikasi. Orang ramai adalah diminta untuk sama-sama mengambil bahagian dalam menangani pandemik ini. Aktiviti-aktiviti yang sedia ada akan dikaji dari masa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan aktiviti kawalan dan pencegahan yang cekap dan berkesan agar penularan kes di Malaysia dapat dikurangkan ke tahap yang minima. Apa itu Fasa Mitigasi (Peredaan) Strategi utama fasa ini adalah untuk mengurangkan kesengsaraan dan kematian akibat penyakit ini, melambatkan jangkitan penyakit dan mengurangkan kesan terhadap gangguan perkhidmatan utama. • Mana-mana individu yang berhubung rapat (lebih kurang 1 meter) dengan individu yang mengalami gejala selesema (demam, bersin, batuk, hidung berair, menggigil, sakit sendi dan lain-lain adalah berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit akibat dari titisan cecair. • Oleh itu, masyarakat perlu mengambil langkah pencegahan berikut: d. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah, elakkan berhubung rapat dengan ahli keluarga yang lain serta mengambil langkah kawalan dan pencegahan dari menjangkiti mereka yang menjaga pesakit. rujukan www.unimap.edu.my
Aktiviti mitigasi adalah tindakan membendung wabak pandemik H1N1 di Malaysia dengan memperkukuhkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan seperti mengamalkan kebersihan diri, kerap mencuci tangan dan mengamalkan adab batuk yang sesuai.
Siapakah yang berisiko tinggi akibat jangkitan Influenza A (H1N1)?
a. Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun
b. Individu berusia 65 tahun dan ke atas
c. Kanak-kanak dan remaja (< 18 tahun) yang menggunakan terapi aspirin untuk jangkamasa yang panjang
d. Wanita mengandung
e. Dewasa dan kanak-kanak dengan asma, penyakit pernafasan kronik obstruktif, kegagalan organ, penyakit kardiovascular, hepatik, heamatologikal, neurologik, neuromuscular atau masalah metabolik seperti Diabetes Mellitus
f. Dewasa dan kanak-kanan yang mengalami daya ketahanan yang rendah (immunosuppression)
g. Individu yang menginap di rumah kebajikan dan institusi penjagaan yang lain
Peranan Masyarakat Semasa Fasa Mitigasi
Masyarakat perlu mengetahui cara virus ini merebak.
• Influenza A (H1N1) virus berjangkit dari manusia kepada manusia melalui titisan cecair, (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).
a. Amalkan kebersihan diri dan adab batuk yang betul
b. Amalkan kawalan jangkitan sama ada di rumah, tempat kerja atau pengangkutan awam
c. Peranan penutup mulut dan hidung (mask) dalam masyarakat
e. Sekiranya gejala influenza semakin teruk, pesakit hendaklah SEGERA mendapatkan rawatan di hospital.
f. Sekiranya individu yang tergolong dalam kumpulan yang berisiko tinggi mengalami gejala influenza, segera dapatkan rawatan awal
g. Elakkan berada di kawasan sesak dan seboleh-bolehnya tangguhkan/ batalkan / kurangkan menghadiri majlis keramaian
h. Dapatkan maklumat terkini mengenai situasi semasa dari sumber yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Selamat Datang ke Universiti Malaysia Perlis. Tahniah kepada 1800 mahasiswa/mahasiswi baru yang telah bergelar sebagai mahasiswa mahasiswi UniMAP. Sesungguhnya kejayaan melanjutkan pelajaran ke menara gading merupakan satu impian yang cukup bermakna. Diharapkan peluang yang dinikmati ini dimanfaatkan oleh semua mahasiswa/i baru.
Kepada seluruh mahasiswa/siswi Universiti Malaysia Perlis yang berminat untuk menjadi seketeriat festival konvokesyen ke 4. Anda boleh memuat turun borang dan dihantar kepada mana-mana ahli majlis Perwakilan Pelajar sebelum 15 Julai 2009.
Borang Seketeriat
Pada 25 Jun 2009 Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP berkesempatan untuk bertemu dengan salah seorang ahli lembaga pengarah universiti, En Khalid Mohamed. Beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Belanjawan Kompleks Kemeterian Kewangan Malaysia. Pertemuan ini telah berlangsung di bilik mesyuarat Dewan Serbaguna Kg Wai.
Kehadiran Encik Khalid adalah tidak dirancang kerana beliau ingin bersua dengan pemimpin pelajar UniMAP, beliau terus datang untuk berjumpa MPP. Walau bagaimanapun, pertemuan yang berlangsung lebih kurang satu jam ini telah memberi peluang kepada MPP untuk menyuarakan beberapa masalah yang timbul di sekitar kampus secara terus dan telus keperingkat LPU. Kami di barisan Majlis Perwakilan Pelajar amat berterima kasih di atas kunjungan En Khalid tersebut. Beberapa isu mengenai kebajikan mahasiswa seperti pembinaan susur gajah di pusat pengajian, harga makanan di kampus, masa depan atlit universiti dan pembinaan kampus tetap telah diutarakan.
En Khalid telah memberikan respon yang positif terhadap permasalahan ini. Beliau akan lebih mendalami semua permasalahan ini agar kemudahan bagi mahasiswa di UniMAP ini setanding dengan universiti yang lain walaupun mengamalkan sistem kampus teragih. Majlis Perwakilan Pelajar Mengharapkan lebih banyak kunjungan seperti ini agar pihak atasan dapat lebih mendekati permasalahan mahasiswa di universiti.


