Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 0809

6:07 PM

BOrang PEncalonAn

Posted by mppunimap_asyraf



PERHATIAN KEPADA SEMUA YANG BERMINAT UNTUK MENJADI / BERTANDING AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELJAR UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS SESI 2009/2010, SILA RUJUK MAKLUMAT DIBAWAH:

Pengambilan Borang Penamaan Calon
(i) Tarikh Pengambilan Borang - Mulai 30 Sept. - 2 Oktober 2009
(ii) Tempat Mengambil Borang - Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni
dan Alumni, Jalan Serawak, Tmn Bukit Kubu, Kuala Perlis.
(iii) Masa Mengambil Borang - 09.30 pagi – 04.00 petang
(iv) Bayaran Pengambilan Borang - RM 50.00/borang

5:49 PM

Ahmad Farris

Posted by mppunimap_asyraf

SALAM dan SALAM 1 MALAYSIA…. Alhamdulillah dalam setahun menjadi MPP akhirnya sudah selesai sudah. Pertama sekali syukur kepada Allah S.W.T diatas keizinan-Nya dapatlah jua saya menyampaikan sedikit ucapan terima kasih terutama kepada kedua ibu bapa di kampong yang selalu menyokong saya sepanjang menjadi MPP. Juga tidak dilupakan kepada rakan penyokong Alip,Kecik dan Zahid di waktu hari pencalonan..jasamu akan ku kenang..moga Allah merahmati..tidak lupa juga kepada semua kawan-kawan surau yang banyak membantu dan rakan satu exco kerohanian,staf-staf HEPA,staf PPK Sistem Elektrik(SE), MPKK juga dan semua rakan-rakan kelas SE dan EI ,sahabat mpp dan semua warga UniMAP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. TERIMA KASIH SEMUA….
Di sini juga saya ingin memohon maaf kepada semua warga UniMAP jika diwaktu saya menjadi MPP 08/09 ada yang terasa,harap dimaafkan juga dhalalkan segala-galanya…akhir kata,di doakan moga barisan MPP baru nanti dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan berusahalah … Gambate…….!!!!!!!!!!... Sekian dari saya Ahmad Farris Bin Sha’ri, Kej. Sistem Elekrik sesi 2007/2008
Wasalam…. “ku mencari ilham….cinta itu buta”…



"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

Ahmad Farris,
Mantan Exco Kerohanian,
Majlis Perwakilan Pelajar 0809

10:10 PM

Pembubaran MPP UniMAP 0809

Posted by mppunimap_asyraf

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

MAKLUMAN KEPADA SEMUA WARGA UniMAP

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2008/2009 telah dibubarkan oleh Y.Bhg Dato' Naib Canselor pada 16 September 2009 yang lalu.

Sehubungan dengan itu, proses penamaan calon serta Pemilihan MPP baruiaitu Sesi 2009/2010 akan dilaksanakan pada tarikh seperti berikut:

Hari Penamaan Calon: 07 Oktober 2009

Hari Pengundian : 14 Oktober 2009


Sila rujuk lampiran yang disertakan untuk maklumat lanjut.


'Dinamisme Baru, Wajah Baru'

Yang Menjalankan Tugas,


MOHD MUSTAFA AL BAKRI ABDULLAH
Timbalan Dekan
School Of Material Engineering
Universiti Malaysia Perlis

sk: YBhg. Dato' Naib Canselor

Dekan HEPA

7:22 AM

Ramadhan DiHormati, Aidilfitri Diberkati

Posted by mppunimap_asyraf

12:10 AM

Bantuan Untuk Pelajar Cemerlang Miskin Bayar Pinjaman PTPTN

Posted by mppunimap_asyraf

PUTRAJAYA, 28 Ogos (Bernama) -- Graduan cemerlang Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), daripada keluarga miskin akan menerima bantuan untuk membayar balik sebahagian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mereka melalui skim dermasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR).

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka yang mendapat ijazah kelas pertama dan aktif dalam kegiatan kokurikulum akan dinilai melalui kriteria keluarga berpendapat rendah dan jumlah adik beradik.

"Kita akan membuat perbandingan antara mereka yang cemerlang mengikut garis panduan kemiskinan dalam negara iaitu mereka yang datang dari keluarga berpendapatan rendah dan mempunyai adik-beradik yang ramai.

"Wang tersebut akan terus dimasukkan dalam tabung PTPTN bagi membayar balik sebahagian daripada pinjaman yang diperolehi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan bulan kemerdekaan peringkat kementerian itu dan menyampaikan biasiswa YTAR kepada lima penerima di sini pada Jumaat.

Mohamed Khaled yang juga pengerusi YTAR berkata, biasiswa YTAR diberikan kepada pelajar cemerlang tahun pertama dalam program ijazah sarjana muda IPTA dan aktif dalam kokurikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

"Bagi tahun ini, 17 calon telah layak menerima biasiswa ini daripada 662 permohonan yang memenuhi syarat. Amaun biasiswa ini meliputi semua yuran yang dikenakan oleh universiti serta elaun sara hidup sebanyak RM1,000, elaun buku RM500 setiap semenster serta penerbangan pergi balik sekali setahun bagi penerima dari Sabah dan Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata tahun ini seramai 1,040 pelajar IPTA dan swasta termasuk politeknik dan kolej komuniti daripada kalangan orang kurang upaya (OKU) menerima bantuan kewangan sebanyak RM300 sebulan.

"Pembiayaan bantuan ini berbeza dengan pinjaman lain yang mereka perolehi walaupun sudah mendapat pinjaman PTPTN,'' katanya.

Mohamed khaled berkata, seramai 133 pelajar turut diberikan biasiswa pelajar cemerlang pada tahun ini dalam tumpuan untuk menjadi sumber tenaga akademik di IPTA pada masa hadapan.

"Program ini merupakan tambahan pada program pembiayaan pasca ijazah untuk menampung kekurangan tenaga akademik khusus dalam bidang sains dan sains tulen," katanya.

Sementara itu, Mohamed khaled berkata jumlah pensyarah yang mempunyai kelulusan doktor falsafah (PhD) di IPTA telah meningkat sebanyak 20.8 peratus iaitu seramai 8,132 berbanding 6,438 pensyarah pada tahun lalu.

"Jumlah ini merupakan 36.14 peratus daripada jumlah keseluruhan 22,501 pensyarah di IPTA termasuk 1,261 tenaga pelajar dari luar negara," katanya.

-- BERNAMA

11:31 PM

Tahniah Malaysia.

Posted by mppunimap_asyraf



Malaysia yang ku cintai...
Tahniah buat Malaysia kerana akan menyambut
Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 52
Walaubagaimana pun sejauh manakah kemerdekaan itu dihayati bersama
terutamanya golongan mahasiswa.
Hari ini 28 Ogos
Apakah yang kita sudah lakukan untuk memperingati
dan menghayati detik kemerdekaan negara 52 tahun dahulu.
Sebagai golongan intelektual negara
adakah kita hanya perlu membuka buku dan memegang spanar sahaja?
pernahkah kita bercita-cita untuk memajukan negara dengan ilmu di dada?

Marilah kita bersama-sama berfikir dan laksanakan
tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara ke 52

4:28 PM
Posted by mppunimap_asyraf

Ranking

Followers

 

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UniMAP | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates